Famili

Ingatkan Boleh Kenyang Dan Kurus Makan Roti Putih Untuk Sahur, Rupanya…

22
SHARES
roti putih

Roti putih adalah salah satu menu sahur yang kerap menjadi pilihan orang ramai untuk menggantikan nasi terutamanya dalam kalangan pelajar. Ini kerana umum beranggapan bahawa roti putih ini mudah dan cepat untuk makan ketika sahur.

Sebenarnya roti putih tidak digalakkan untuk diambil ketika makan pagi mahupun sahur. Mungkin sesetengah berpendapat bahawa hanya makan roti putih, perut anda akan bertahan sepanjang hari. Sebenarnya itu hanyalah ‘auta’ semata-mata. Ikuti penulis mengenai sebab roti putih tidak digalakkan untuk makan pagi dan sahur.

Baca juga: Sama Tapi Tak Serupa, Ini Panduan Pemilihan Roti Yang Betul Buat Anda Yang Nak Diet 

SEBAB-SEBAB ROTI PUTIH TIDAK DIGALAKKAN UNTUK SAHUR ATAU MAKAN PAGI

1. Tinggi karbohidrat tapi rendah serat

Anda berpotensi mengalami hiperkarbohidrat atau kelebihan karbohidrat dalam badan disebabkan oleh kandungannya yang sangat tinggi dalam roti putih. Jika berlanjutan, ianya kemungkinan akan menjejaskan fungsi kognitif otak seperti turunnya kecerdasan dan daya ingat serta alzheimer.

Selain itu, kesan rendah serat dalam badan akan menyebabkan masalah pencernaan kepada tubuh anda.

2. Punca Kegemukan

roti putih

Sering kita dengar bahawa orang yang makan roti putih ini adalah tujuannya untuk diet iaitu menggantikan nasi. Apa yang anda patut tahu ialah roti putih mengandungi kalori yang tinggi sehinggakan boleh menambahkan berat badan seseorang.

3. Meningkatkan kadar gula dalam darah

roti putih

Intipati roti dengan lajunya akan memasuki saluran pencernaan tubuh anda dan seterusnya memasuki aliran darah sebagai glukosa. Ketika keadaan ini berlaku, ia akan mengakibatkan kadar gula dalam darah dan juga insulin  meningkat dengan pantas.

4. Mengenyangkan tapi tak tahan lama

Ada beberapa sumber yang telah membuktikan bahawa roti putih tidak mengenyangkan. Namun, sebenarnya ia mampu mengenyangkan perut anda, cuma ianya tidak akan bertahan lama. Kesannya, anda akan lapar dengan cepat selepas memakan roti putih.

5. Kadar sodium yang tinggi

roti putih

Roti putih mengandungi kadar sodium yang tinggi. Jika anda selalu makan roti putih, paras garam dalam tubuh akan meningkat dan kesannya akan menjejaskan kesihatan badan.

6. Sukar dicerna

Roti putih memiliki serat yang rendah dan juga kandungan glutten yang sangat tinggi hingga menyebabkan ia sukar untuk dicerna. Malah, roti putih juga tidak mengandungi kandungan enzim yang boleh membantu untuk memecah karbohidrat dan lemak supaya mudah dicerna.

Jadi, dah tahu kenapa roti putih tidak elok untuk dimakan ketika sahur ataupun makan pagi? Untuk yang diet, lebih baik anda makan nasi daripada roti kerana kandungan kalori kedua-duanya adalah lebih kurang cumanya nasi lebih mengenyangkan. Elakkan makan roti putih kerana badan anda yang akan mengalami kesannya di masa depan.

Sumber: Public Health Malaysia & Sempoi Media

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×