Sihat

Sama Tapi Tak Serupa, Ini Panduan Pemilihan Roti Yang Betul Buat Anda Yang Nak Diet

1.6K
SHARES
roti untuk diet

Pemilihan makanan yang betul buat anda yang ingin mengurangkan berat badan atau ingin mengembalikan indeks kesihatan yang normal adalah penting. Bukan sahaja dari jenis makanan malah kandungan atau jumlah khasiat perlu diambil kira supaya dapat menstabilkan komposisi dalam badan.

Roti merupakan salah satu jenis makanan yang akan diambil oleh sesiapa sahaja khususnya yang ingin menurunkan berat badan. Tapi, perlu juga anda tahu bahawa bukan semua roti boleh menyalurkan sumber khasiat yang sama kerana kandungan yang terdapat dalam roti iaitu dikenali sebagai Glycemic Indeks.

Apa itu Glycemic Indeks?

Ramai yang nak diet dan memilih roti sebagai pilihan tetapi tahukah anda tak semua roti tu sama? Saya ingat lagi bila saya bawakan bekal untuk anak ke sekolah dengan roti wholemeal, ada kawan-kawan sekolah dia gelak dan kata : ‘Kenapa ibu kau bawakan roti orang kencing manis nih?’

Ok jugak sebenarnya sebab at least mereka aware perbezaan roti dan untuk kesesuaian penggunaan . Ok, simple je saya nak share satu tip: Jika anda nak mula diet dan nak mencari roti yang lebih sesuai, pilih roti berdasarkan Glycemic Index.

Glycemic Index (GI) atau Indeks Glisemik ini adalah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat itu memberi kesan kepada tahap gula dalam darah. Mudah je, hanya ingat —> Lebih tinggi nilai GI bermakna lebih lebih pantas makanan tersebut diproses dalam badan dan tahap gula akan mencanak naik dengan cepat.

Secara kasar, makanan yang manis dan terproses biasanya mempunyai GI yang tinggi dan perlu dielakkan jika anda nak turunkan berat badan mahupun nak mengawal tahap gula dalam darah. Tetapi jangan terpedaya kerana tidak semua yang manis tu mempunyai GI yang rendah, sebab tu kena prihatin sedikit dengan jenis makanan dan nilai GI makanan tersebut.

Glycemic Indeks ni diberi dari skala 1 hingga 100 dan di kategorikan kepada 3 kumpulan:

GI Tinggi : 70-100

GI Sederhana : 56 – 69

GI Rendah : 0 – 55

So bila pilih makanan, kena belek skit label kat belakang. Tengok nilai GI yang diberikan dan pilih makanan GI rendah paling ok, GI Sederhana still better berbanding GI tinggi.

Mantra mudah yang saya selalu kongsikan pada peserta-peserta di Slimming Masterclass ialah ‘Gula Meningkat, Insulin Meningkat dan Lemak akan Terperangkap!’ Roti putih tak dilabel putih dengan nilai GI. Cuba anda cari nilai GI roti putih dan share di ruangan komen.

Sumber : Dr Malinda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×