Hebahan

Kenapa Warna Tag Di Bungkusan Roti Berbeza? Rupanya Ini Maksud Yang Ramai Tak Tahu

289
SHARES

Roti merupakan antara bekalan makanan yang wajib ada di rumah kerana bila tak ada idea nak buat breakfast untuk anak dan suami, roti lah penyelamat! Roti yang selalu dibeli dari kedai akan mempunyai tag harga dan tag harga itu datang dalam pelbagai warna. Tapi, pernah tak terfikir kenapa tag di roti tersebut mempunyai warna yang berbeza?

SETIAP WARNA MENUNJUKKAN HARI YANG BERBEZA

Sebenarnya, warna tag itu membawa maksud hari-hari dalam seminggu. Ini juga bermakna, setiap hari dalam seminggu mempunyai tag warna yang lain-lain. Contohnya, setiap isnin, tagnya akan menjadi warna coklat, selasa pula hari lain.

KEBANYAKAN BRAND GUNAKAN WARNA INI

Kebanyakan jenama roti akan menggunakan tag warna seperti di dalam gambar.

1.Isnin warna biru.

2.Selasa warna hijau.

3.Khamis warna merah.

4.Jumaat warna putih.

5.Sabtu warna kuning.

KOD WARNA LAIN

Walaubagaimana pun, Gardenia telah menggunakan kod warna yang berbeza dari jenama yang lain.

Kerana mereka membakar roti untuk setiap hari, oleh itu, mereka mempunyai tag warna untuk setiap hari Isnin hingga Ahad.

1.Isnin warna coklat cair

2.Selasa warna oren

3.Rabu warna kuning

4.Khamis warna biru

5.Jumaat warna hijau

6.Sabtu warna merah

7.Ahad warna putih

Dengan adanya ilmu mengenai tag warna bungkusan roti serta tarikh luput ni, anda boleh pilih roti yang lebih baru dan lebih fresh. Semoga bermanfaat! 🙂

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×