Kadang-kadang mesti kat rumah ada lebih roti tapi tak tahu nak buat apa selain makan dengan jem. Kalau dibiarkan lama nanti berkulat pula. Jadi daripada buang, lebih baik tukarnya menjadi satu menu yang lebih sedap dan senang untuk dibuat.
Dengan mengikut resipi ini, bukan sahaja boleh dimakan semasa di rumah tetapi anak-anak juga boleh membawanya sebagai bekal mereka di sekolah. Pasti anak-anak gembira dan lebih bersemangat kerana makan makanan yang dibuat daripada air tangan ibu mereka.
Baca juga: Cara Tukar Tombol Pintu Sendiri, Senang Je Rupanya!
RESIPI LEBIHAN ROTI
Bahan-bahan:
- Lebihan roti
- 3 biji telur
- 1 cawan susu full cream
- Sosej
- Cheese kisar
Pertama sekali, potong kecil-kecil atau potong dadu lebihan roti tersebut.
Pecahkan telur ke dalam bekas. Kalau nak lagi selamat pecahkan satu per satu ke dalam mangkuk lain dulu, takut telur busuk pula.
Kemudian, masukkan 1 cawan susu full cream ke dalam bekas yang ada telur tadi.
Kacau sebati telur dan susu full cream tersebut.
Susunkan cup dahulu supaya senang nanti nak letakkan roti tadi dalam cup.
Selepas itu, tuangkan campuran telur dan susu full cream satu senduk ke dalam cup.
Letakkan sosej yang telah dihiris.
Lalu, taburkan cheese ke bahagian atas.
Bakar dalam oven atau boleh juga guna air fryer pada suhu 180 darjah celsius selama 10 minit.
Dah siap! Boleh dijadikan sebagai bekal untuk sekolah anak-anak juga.
VIDEO PENUH
@asmah.khairul Sambungan video haritu @asmah.khairul #ideabekal #ideabekalsekolah #bekalsekolah #bekalanak #menusimple #resepitiktok
Sumber: Tiktok asmah.khairul