DIY & Kraf

Cara Tukar Tombol Pintu Sendiri, Senang Je Rupanya!

11
SHARES

Pasti pernah terjadi tombol pintu rosak atau sukar untuk dibuka kan? Tetapi disebabkan tidak mempunyai kemahiran, maka tombol pintu yang rosak tadi dibiarkan sahaja. Namun begitu, kemahiran boleh diasah kerana menukar tombol pintu merupakan kemahiran asas yang perlu diketahui oleh umum.

Oleh itu, satu perkongsian yang telah dimuat naik oleh pengguna Facebook @Ariff Mohtar mengenai cara menukar tombol pintu yang rosak tanpa perlu memanggil repairman.

Baca juga: Ketahui 5 Perkara Persiapkan Emosi & Adab Anak Lelaki Sebelum Remaja

Salam, tips D.I.Y kembali lagi, kali ini kami menunjukkan cara untuk menggantikan tombol pintu yang rosak. Benda simple saja, rugi kalau tak buat sendiri. Jika post ini bermanfaat, share lah ye, agar ramai boleh dapatkan manfaat ilmu percuma ini.

Barang-barang yang diperlukan adalah tombol pintu dan screw driver.

Tekan punat tersebut dengan pencungkil yang disediakan bersama tombol baru dan tarik tombol.

Tanggalkan cover tombol dan unscrew pelapik tombol.

Seterusnya tarik tombol keluar sepenuhnya dan hanya nampak lubang bulat pada bahagian tersebut sahaja.

Ulangi step 1 pada tombol baru untuk keluarkan kepala tombol.

Bahagian ini rumit sedikit, masukkan cangkuk pintu (1) ke dalam lubang sisi tombol (2).

Pastikan kemasukan kemas dan mencengkam tombol. Jika tidak, tombol tak boleh dipulas.

Bahagian rumit dah settle, sekarang screw balik penutup dan cover tombol.

Dah siap! Mudah saja tanpa perlu habiskan beratus pada repairman.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×