Dapur

Resipi Roti Sangkaya Ala Boat Noodle, Memang Sedap Boleh Cicah Banyak Kali

2.3K
SHARES

Anda peminat roti sangkaya? Biasanya kalau pergi makan kat kedai Boat Noodle mesti menu ini jadi pilihan utama kan? Roti kukus dicicah bersama sangkaya yang lemak berkrim memang buat selera kita bertambah-tambah.

Sebenarnya, tidaklah susah sangat nak buat roti sangkaya ini. Anda boleh hasilkan sendiri di rumah saja kerana ia tidak menggunakan banyak bahan. Apa yang penting, anda boleh simpan dan cicah banyak kali! Pada suri rumah yang nak buat side income, bolehlah jual menu roti sangkaya ini. Dijamin memang sedap dan disukai ramai! Jom, lihat cara untuk membuatnya.

Cara Nak Buat Sangkaya Ala Boat Noodle

Bahan-bahan yang diperlukan:

5 helai daun pandan (kisar bersama 1 cawan air dan tapiskan ambil airnya sahaja)

1 biji telur

1 kota santan atau 1 tin susu cair

1 sudu besar tepung jagung

Gula dan garam secukup rasa

Caranya:

Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati. Kemudian, letakkan di atas dapur dengan menggunakan api yang sederhana. Kacau sehingga ia mendidih. Kena kacau selalu kalau tidak kuah akan berketul-ketul. Bila dah masak tutup api dan hidangkan! Lebihan sangkaya anda boleh simpan di dalam peti sejuk untuk hidangan di lain hari.

Kukus Roti Kalau Nak Lebih Sedap

Biasanya sangkaya ini memang enak jika dimakan bersama kepingan roti. Melalui perkongsian resipi ini, anda dicadangkan untuk menggunakan roti Gardenia yang dikukus terlebih dahulu. Anda boleh potong kepada 4 bahagian kepingan roti dan kukus seperti biasa. Hasilnya, roti akan lebih lembut dan super sedap apabila dicicah bersama sangkaya.

Selamat mencuba!

Sumber: Elyani Khai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×