Dapur

Tak Tahu Nak Masak Apa Untuk Anak? Ini 5 Resipi Ayam Yang ‘Gerenti’ Si Kecil Kenyang Perut!

21
SHARES
resipi ayam

“Ibu, cubalah resipi ayam yang lain pula..”

Kebiasaannya, anak kecil gemar makan ayam. Malah, mereka seperti tidak jemu dengan masakan ayam. Buatlah apa pun, masih mereka cari lauk ayam juga. Oleh itu, sebagai ibu yang baik, anda perlu mencuba pelbagai resipi ayam untuk anak supaya mereka dapat menjamah pelbagai jenis lauk berasaskan ayam.

Selain ayam goreng, atau masak kicap, anda kini boleh mencuba pelbagai variasi hidangan ayam untuk memuaskan hati para si kecil. Boleh sediakan untuk mereka selepas pulang dari sekolah, ataupun makan pagi. Jadi, jom ikuti perkongsian penulis berkaitan resipi ayam yang boleh anda cuba di rumah.

Baca juga: Dah Tak Perlu Ke Kedai, Buat Sendiri Je Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Di Rumah!

5 RESIPI AYAM BUAT ANAK

1. AYAM KAM HEONG

resipi ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong 18
  • 2 ulas bawang besar (sebiji dadu dan sebiji lagi potong kasar)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 6 cili merah (belah 2) jika nak pedas, lebihkan cili
  • 7 cili kampung (belah 2) jika nak pedas, lebihkan cili
  • 20 helai daun kari
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 atau 4 sudu besar kari
  • Minyak masak
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan lada hitam.
  2. Goreng ayam hingga masak dan asingkan.
  3. Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air.
  4. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi.
  5. Masukkan bancuhan kari dan daun kari.
  6. Masukkan sos dan kicap, kacau sebati hingga agak pekat.
  7. Masukkan ayam goreng serta hirisan cili.
  8. Akhir sekali, gaul rata.

2. AYAM MASAK MERAH KENDURI

resipi ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (potong kecil dan basuh bersih)
  • Garam, kunyit (goreng ayam tapi jangan garing sangat)
  • 3 biji bawang besar (saiz besar)*
  • 4-5 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
  • Kisar semua bahan yang bertanda ‘*’
  • 3-4 senduk cili kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 biji tomato
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 5 buah pelaga
  • Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.
  2. Masukkan serai dan tumis sekejap.
  3. Masukkan bahan kisar, tumis sampai garing. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.
  4. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali dan perisakan garam.
  5. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sampai sebati.

3. AYAM MASAK LADA HITAM

resipi ayam

Bahan-bahan:

  • 5 ketul ayam
  • 6 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap manis
  • Beberapa biji cili padi (jika suka)
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • Garam dan gula
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan perap:

  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara penyediaan:

  1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian, goreng atau panggang sehingga masak.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. AYAM PHAT PHET

resipi ayam

Bahan-bahan A (kisar):

  • 5 biji cili padi
  • 2 hiris halia
  • Kunyit hidup
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar

Bahan-bahan B:

  • 3 keping ayam mentah dipotong dadu
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • Sedikit garam dan gula, secubit ajinamoto

Cara penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahan A dan tumis sehingga naik bau. Setelah kering tumisan tadi, masukkan secawan air.
  2. Kemudian, masukkan bahan-bahan B iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
  3. Akhir sekali, pastikan ayam masak sepenuhnya. Jika kurang berkuah masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri. Kalau nak pedas lagi boleh kisar cili padi lebih.

5. AYAM MASAK THAI

resipi ayam

Bahan-bahan A:

  • 10 ketul bahagian ayam digoreng
  • 1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
  • 2 batang serai dititik
  • Daun limau purut
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • Sedikit air
  • Minyak

Bahan-bahan B (kisar):

  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • 2 biji cili api

Cara penyediaan:

  1. Tumis serai yang dititik sampai naik bau.
  2. Kemudian, masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut. Tumis sampai garing.
  3. Dah garing, masukkan bahan yang dikisar. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan air.
  4. Akhir sekali, masukkan ayam dan perasa ikut sesedap rasa.

Selamat Mencuba!

Sumber: Lubuk Resepi Viral

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×