Dapur

Guna 6 Bahan Ini Dah Boleh Buat Sausage Bread Roll Yang Paling Sedap & Mudah!

5
SHARES

Apabila sudah bergelar ibu bapa pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul dalam memastikan anak-anak sentiasa mendapatkan yang terbaik termasuk mempelbagaikan menu makanan yang menarik untuk anak-anak. Perkara tersebut bukan sesuatu perkara yang mudah. Tambahan pula, jika anak-anak merupakan seorang picky eater, semakin susah tugas ibu bapa untuk menggalakkan anak makan.

Jika dilihat, makanan seperti sosej antara makanan ringan yang menjadi kegilaan anak-anak. Dengan menggunakan sosej sahaja boleh menghasilkan pelbagai menu yang menarik. Jadi, bagaimana untuk anda mengolahkan makanan ini supaya menjadi menarik untuk mereka? Haaaa, jom ikuti resipi di bawah.

Baca juga: Cara Buat Roti Coney Sausage ‘Sebijik’ Macam Di A&W, Isi Padat & Puas Dimakan!

RESIPI SAUSAGE BREAD ROLL

Bahan-bahan:

  • 2 + 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil baking powder

Bahan-bahan ni semua campur di dalam 1 bekas dan uli. Kemudian masukkan 1 sudu besar marjerin. Uli sampai doh licin dan elastik. Lepas uli, perap selama 1 jam. Lepas perap, bahagikan doh kepada 10 bahagian. Canai nipis, memanjang.

Doh yang dicanai nipis tadi perlu lah dikelar secara garisan memanjang dengan menggunakan pisau yang tajam.

Kemudian, sosej yang diletakkan ke atas doh tadi, perlu lah digulungkan secara serentak.

Perap lagi dalam 20 minit. Bakar pada suhu 160° selama 15 minit atau hingga masak.


Sebelum bakar, sapu dulu dengan campuran 1 biji telur dan sedikit susu segar. Boleh dimakan dengan sos cili dan mayonis. Selamat mencuba

Sumber: Facebook Khairunnisa Mohammad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×