Dapur

[VIDEO] Resipi Simple Ayam Pandan Guna Air Fryer, Siap Dalam 10 Minit Je!

28
SHARES

Sebut sahaja ayam pastinya ini menjadi lauk kegilaan ramai orang khususnya kanak-kanak. Namun, seperti yang telah diketahui umum, ayam, telur ayam dan minyak masak menjadi salah satu harga kawalan pada masa kini. Hal ini pastinya menjadi kerisauan buat rakyat dan lebih cenderung memilih untuk lebih berjimat dalam penggunaan tiga barang tersebut terutamanya minyak masak.

Jangan risau, kerana terdapat resipi yang boleh digunakan oleh pengguna dalam menjimatkan minyak masak terutama bagi masakan bergoreng seperti ayam atau ikan. Haaa, ini lah masa nya penggunaan air fryer di rumah diperlukan! Apa kata cuba resipi yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini. Hanya menggunakan sedikit sahaja minyak masak tetapi ayam tetap sedap! Apa lagi jom cuba…

Baca juga: Teknik Rahsia Ayam Goreng Garing Guna Air Fryer, Tak Payah Letak Setitik Minyak Pun!

RESIPI AYAM PANDAN

Bahan-bahan:

  • Ayam bahagian bentuk z terbalik (kepak ayam)
  • 2 perencah nasi goreng.
  • Minyak masak.
  • Daun pandan

Dalam resipi yang ini bahagian ayam yang harus digunakan ialah bahagian z terbalik (kepak ayam).

Untuk memudahkan lagi kerja, perap ayam dengan menggunakan dua perencah nasi goreng.

Kemudian, tuang minyak masak sedikit. Kacau.

Selain digaul sebati perap ayam tersebut.

Ayam telah diperap tadi, dibalutkan dengan menggunakan daun pandan (ikut kreativiti masing-masing).

Kemudian ayam tersebut dimasukkan ke dalam air fryer pada suhu 200 darjah selsius selama 10 minit.

Haa, rupa ayam selepas dimasak dengan menggunakan air fryer.

VIDEO PENUH

@imanmulamemasak

AYAM PANDAN PALING SIMPLE GUYS🤤 #MakanLokal #MYFoodie #reviewfood #MakanEmoji #Viralfood #TiktokChef #thaifood

♬ suara asli – ♪Dedy – ♪Dedy

Sumber: Tiktok Iman Rashid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×