Dapur

Cara Buat Roti Coney Sausage ‘Sebijik’ Macam Di A&W, Isi Padat & Puas Dimakan!

7.8K
SHARES

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan segera popular A&W, pastinya menu Coney Dog menjadi pilihan ramai. Namun, jika and berkunjung dengan membawa anak dan seisi keluarga yang ramai bajet dalam poket pun mesti ‘lari’ kan? Jadi, salah satu solusinya adalah dengan membuat sendiri roti sosej bersalut ini di rumah supaya lebih puas dimakan. Rasa dan rupa pun sama!

RESEPI CONEY SOSEJ ALA-ALA A&W

Coney sosej ala A&W atau bahasa Melayunya, roti sosej bersalut sos daging cincang. Teringin nak makan A&W tapi rasanya boleh buat sendiri je kat rumah. Jimat masa dan boleh dibuat banyak untuk minum petang.

Resepi:

1. Sediakan bahan untuk sos;

– 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang holland, 1 biji lobak merah, dan sepaket daging lembu kisar. Cincang halus tumis bersama minyak panas.

-Gaul rata masakan dan masukkan rempah; 2 sudu besar cili kering kisar, 4 s/b sos tomato, 2 sudu kecil serbuk jintan manis, 2 s/k serbuk kari pedas, 2 s/k serbuk cili, 1 s/k serbuk lada hitam, garam secukup rasa dan air secawan.

-Kacau sehingga masak. Pastikan sos tidak terlalu cair tidak terlalu kering. Dibiarkan sos seketika.

2. 1 biji bawang holland dipotong dadu dan rendam di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian buang air tersebut.

3. Sosej dikukus selama 5 minit, manakala roti dikukus selama 1 minit.

4. Masukkan sosej ke dalam roti, kemudian tuangkan sos daging cincang, dan akhir sekali taburkan bawang holland.

5. Sedia dihidang. Jangan lupa air Sarsi sejuk untuk diminum bersama.

Selamat mencuba.

Sumber : Zurina Zulkefli

Most Popular

To Top
×