gaya hidup

AWAS! Jangan Cakap Perkataan-Perkataan ‘Body Shaming’ Ini Masa Raya Nanti!

32
SHARES
body shaming

“Arghh tak sukanya balik kampung, mesti kena body shaming dengan keluarga lain…”

Perbuatan ‘body shaming’ telah menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat. Paling teruk, perkara pertama orang cakap setelah lama tidak berjumpa adalah menegur berat badan seseorang. Bukan sahaja menyakiti perasaan, malah terus potong ‘mood’ untuk bersosial.

Lebih-lebih lagi pada musim perayaan seperti Aidilfitri, ketika semua ahli keluarga berkumpul, waktu itu jugalah adat body shaming ini bermula. Bagaikan tiada topik lain untuk memulakan perbualan, mereka terus body shame tanpa mengira sensitiviti orang lain. Jadi, apa perkataan-perkataan body shaming?

Baca juga: Panduan Pilih Design Baju Raya Ikut Bentuk Badan Wanita, Barulah ‘Cun’!

PERKATAAN BODY SHAMING PATUT ELAK CAKAP WAKTU RAYA NANTI

Body shaming adalah perbuatan menghina fizikal seseorang sama ada secara langsung atau tidak langsung. Komen negatif itu juga termasuk mengenai berat badan, usia, rambut, pakaian, makanan atau daya tarikan seseorang.

Body shaming dapat menjejaskan kesihatan mental dan fizikal seseorang seperti depresi, gangguan makan serta perasaan membenci tubuh sendiri. Jom ambil tahu perkataan-perkataan body shaming.

1. Wow, badan makin slim nampak.” sedangkan orang itu badannya gemuk.

body shaming

Untuk pengetahuan anda, metabolisme setiap orang adalah berbeza. Ini bermakna sesetengah orang cepat naik berat badan manakala ada juga yang kekal langsing. Jadi, tidak perlu untuk mengatakan sesuatu mengenai tubuh badan seseorang kerana setiap orang, lain keadaan badannya.

2. “Kenapa makin kurus ni?” / “Macam mana boleh kurus macam ni?”

Mungkin ketika mengatakan ayat ini, anda sebenarnya sedang menunjukkan keprihatinan kepada orang itu dengan menegur perubahan berat badannya. Tapi apa yang anda tidak tahu adalah mungkin orang itu sedang sakit atau banyak memikirkan sesuatu perkara sehinggakan berat badannya menurun.

Maka, jika ingin menjadi rakan yang prihatin, elakkan bercakap mengenai keadaan fizikalnya kerana risau akan menyinggung perasaan mangsa. Guna perkataan yang sewajarnya tanpa menyentuh isu sensitif seperti tubuh badan.

3. “Itu perut ke tong gas, bro?”

body shaming

Kadangkala mungkin niat anda hanya ingin berjenaka. Ketahuilah, jenaka anda mungkin mengguris perasaan seseorang terutama apabila melibatkan keadaan fizikalnya.

4. “Banyaknya jerawat di muka!”

body shaming

Daripada menegur jerawat di muka seseorang, apa kata anda cuba mencari topik lain yang lebih menarik? Contohnya kerja apa, di mana dan aktiviti harian.. Setiap orang menginginkan kulit muka yang ‘flawless’. Mungkin juga dia sudah cuba pelbagai cara untuk menghilangkan jerawat yang timbul di muka.

Apabila ditegur sebegitu, ini akan menurunkan semangat seseorang untuk memulihkan jerawat di mukanya di samping keyakinan diri mereka menurun dengan mendadak. Kata-kata anda mungkin melekat di fikiran mereka untuk tempoh masa yang lama.

5. “Nampak ketat la bila kau pakai baju ni. Kalau orang lain pakai mesti elok je.”

Ini juga merupakan salah satu bentuk body shaming apabila anda membandingkan pakaian yang dipakai oleh mangsa akan kelihatan lebih baik pada badan orang lain.

Jika tiada perkara positif yang ingin anda katakan, lebih baik jika anda berdiam diri. Yang penting, tiada yang akan kecil hati.

6. “Banyaknya makan. Masih tak kenyang ke?”

body shaming

Lebih-lebih lagi musim perayaan, pasti perkataan ini sering keluar. Sindiran ke atas kuantiti makanan seseorang juga merupakan body shaming yang patut anda hentikan!

Boleh jadi disebabkan anda, mereka akan kehilangan selera makan dan seterusnya merosakkan ‘mood’ mereka sepanjang hari.

Kata-kata itu sangat tajam bisanya. Setiap perkataan yang keluar dari mulut perlulah difikirkan sedalam-dalamnya dahulu sebelum bercakap. Mungkin bagi anda, ianya tidak mempunyai makna, tapi cukup untuk menghancurkan hati sesetengah orang.

Hentikan body shaming!

Sumber: IDN Times & CNN Indonesia

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×