Asuh

7 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri Anak-anak. Biar Confidence Tinggi!

147
SHARES
Meningkatkan keyakinan diri

Keyakinan diri secara umumnya boleh ditafsirkan sebagai kemampuan individu untuk mempercayai dan yakin di atas kemampuan diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara. Ianya tidak bergantung kepada penampilan diri atau perwatakan sahaja, dari segi pemahaman dan pergaulan juga melibatkan keyakinan diri.

Meningkatkan keyakinan diri

Seseorang yang mempunyai keyakinan diri tidak mengharapkan penerimaan orang lain. Mereka tidak akan ambil peduli tentang suara-suara sinis di belakangnya, malahan mereka akan sedaya upaya untuk merebut peluang yang ada dan memanfaatkannya.

Terdapat banyak cara atau kaedah yang boleh di lakukan untuk meningkatkan keyakinan diri anak anda yang boleh ibu bapa praktikkan di bawah. Ikuti tips, petua dan cara dibawah untuk tentang ‘Increase Confidence in Child’ untuk kebaikan kita bersama.

Berikan 'full attention' pada anak-anak

Berikan ‘full attention’ pada anak-anak

1. Beri perhatian & kasih sayang

Adalah amat penting bagi sesebuah keluarga hidup dalam suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang. Walaupun setiap keluarga berbeza dari segi latar belakang dan budaya, aspek kasih sayang perlu wujud dan menjadi keutamaan. Kanak -kanak perlu tahu bahawa kasih sayang yang di terima tidak bersyarat dan tidak bergantung kepada kesalahan ataupun kesilapan yang mereka lakukan. Sering terjadi di dalam sebuah keluarga, wujud keadaan di mana salah seorang anak berasa mereka kurang atau tidak disayangi oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain, mereka meletakkan kegagalan pencapaian mereka sebagai penyebab mengapa mereka tidak disayangi.

Di samping itu juga, ada yang merasakan diri dipinggirkan kerana kurang menyerlah dari segi kebolehan dan bakat berbanding adik beradik yang lain. Dalam situasi ini, kanak-kanak perlu diyakinkan bahawa kasih sayang yang diterima tidak bergantung kepada pencapaian atau kegagalan mereka. Mereka perlu tahu bahawa setiap anak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kasih sayang sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa dan ahli keluarga dapat membantu anak-anak yakin terhadap diri sendiri dan berasa mereka dilindungi.

Layan anak sama rata

Layan anak sama rata

2. Jangan membandingkan anak-anak

Layanan dan perhatian diberikan, kasih sayang, kehendak dituruti, pasti si anak mengetahui sama ada mereka disayangi lebih ataupun kurang daripada adik-beradik yang lain.

Perbezaan layanan dan perhatian pastinya amat melukakan hati anak-anak kerana diperlakukan sebegitu oleh ibu bapa sendiri. Hal ini akan membuatkan mereka lebih tiada keyakinan diri, malahan mereka akan cuba melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian ibu bapa, malangnya setiap tindakan dilakukan si anak sering dianggap tidak betul dan akan menyalahkan mereka sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini.

Ibu bapa perlu bijak melihat dan mengenal pasti potensi yang ada dalam diri setiap anak dan harus memainkan peranan dalam membantu menyerlahkan potensi mereka.

BIla anak cakap sesuatu, berikan perhatian

BIla anak cakap sesuatu, berikan perhatian

3. Jadilah pendengar yang setia

Anak-anak kecil sewaktu tumbesarannya amat aktif. Di usia inilah mereka banyak bercakap dan bertanya.Dalam kajian mengatakan kanak-kanak akan bertanya 20 soalan sehari secara berulang kepada ibu bapanya.

Walaupun sibuk dengan tugasan seharian, ibu bapa haruslah bijak untuk mencuri masa bagi berbicara selain mendengar masalah anak-anak.Ketika anak sedang meluahkan perasaannya, berilah “respons” walaupun hanya mengangguk faham, berkata ‘ya’. Berhenti buat sebarang kerja dan berilah masa untuk mereka berbicara, dan “eye contact” adalah penting bagi menandakan yang ada sedang menjadi pendengar yang setia untuk anak-anak.

Latih anak berdikari

Latih anak berdikari

4. Latih anak untuk memikul tanggungjawab

Kaedah melatih anak-anak dengan latihan berterusan merupakan kaedah yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan, antara contohnya seperti menyidai dan melipat pakaian, membasuh pinggan, mengemas rumah dan pelbagai lagi tugasan yang dapat dipraktikkan kepada anak-anak.

Dengan cara ini, anak dapat merasakan bahawa dia mampu melakukan tugasan sendiri sekaligus dapat membanggakan kedua ibu bapanya dan meningkatkan lagi keyakinan didalam diri anak.

Raikan kejayaan anak-anak

Foto Kredit: popsugar.com

5. Memberi pujian kepada anak

Kanak-kanak juga mempunyai perasaan. Kata-kata pujian seperti “tahniah”, “syabas”, “bijak” dan seumpama dengannya dapat menambah keyakinan diri anak anda. Ini akan menggalakkan lagi mereka untuk lebih berusaha melakukan yang terbaik. Kerana pujian dan penghargaan itu satu kepentingan dalam setiap apa saja kebaikan yang kita lakukan.

Comot tidak mengapa, janji mereka gembira

Comot tidak mengapa, janji mereka gembira

6. Hasilkan aktiviti baru

Bawalah anak anda untuk melibatkan diri mereka dengan aktiviti dan program anjuran luar. Sebagai contoh, hantar anak anda untuk memasuki kelas teater, pertandingan mewarna, pertandingan menyayi atau apa sahaja bagi membolehkan mereka melibatkan diri dan bergaul dengan orang luar, sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim dan mendapat kenalan baru.

Apabila mereka sudah mempunyai hobi baru pasti mereka akan berasa seronok dan teruja. Perasaan ini dapat memberikan keyakinan diri anak anda tambahan pula apabila mereka dapat berinteraksi dengan orang yang mempunyai hobi yang sama.

Doa ibu sangat mustajab

Doa untuk kesejahteraan ibu-bapa kita dan anak-anak

7. Doa untuk anak-anak

Kalau mahu anak berjaya, doa ibu-bapa itu penting. Jika nampak mereka selalu dalam keadaan teragak-agak dan tidak tahu mahu buat apa, ajar secara terus. Itu jika anak-anak berada di hadapan mata.

Jika tidak, panjatkan doa pada Allah agar menjaga anak-anak dan keluarga kita. Kepada Allah juga kita berserah segalanya.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anak anda meningkatkan lagi keyakinan diri mereka.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×