Sihat

Badan Kita Paling Cepat ‘Naik’ Bila Lalui 5 Fasa Ini. Jaga-jaga Ya

163
SHARES

Secara purata, seorang individu boleh naik berat badan sebanyak 1/2 kg sehingga 1 kg setiap tahun selepas zaman kanak-kanak. Pakar juga mendapati terdapat beberapa fasa dalam hidup yang membuatkan berat badan meningkat secara mendadak.

Ada beberapa fasa dalam hidup yang mencabar, memberi tekanan kepada diri sehingga kita terlepas pandang untuk menjaga kesihatan. Oleh itu, kita harus beri perhatian kepada gaya hidup terutamanya corak pemakanan kita semasa waktu-waktu berikut.

punca naik berat badan

Foto Kredit: shutterstock

Badan Kita Paling Cepat ‘Naik’ Bila Lalui 5 Fasa Ini. Jaga-jaga Ya

1. Baru Belajar Duduk Sendiri

Bila dah mula berdikari dan hidup membujang – tak kiralah di asrama atau unversiti, kita lebih mudah cenderung untuk terlebih makan. Hidup membujang ni memang rasa lagi bebas tapi sebenarnya bukan mudah nak mendisiplinkan diri untuk makan secara sihat. Kalau dulu Mak mesti akan sediakan makanan sihat untuk kita dan tegur bila kita asyik makan snek yang merapu. Sekarang bila dah duduk berasingan, tiada siapa nak ingatkan kita.

Setakat makan seorang, lebih mudah untuk drive thru atau tapau makanan. Menurut pakar, makan di luar membuatkan seseorang cenderung untuk makan dalam portion yang lebih besar berbanding makan di rumah. Nak-nak pula kalau tengah lapar, rasa macam semua nak order!

2. Stres Dengan Kerja

Sama ada lately ni tengah banyak kerja, baru tukar bos atau manager baru, atau tak sesuai di tempat kerja baru – ini semua boleh menjadikan seseorang stres hingga mempengaruhi tabiat makannya.

Ada yang akan makan snek untuk melegakan stres atau menghilangkan mengantuk akibat terlalu banyak stay up. Ada juga yang terlalu sibuk bekerja sampai tak sempat makan. Tabiat skip waktu makan ini hanya akan membuatkan anda terlebih makan kemudian. Lepas tu tidur pulak. Memanglah cepat ‘naik’!

3. Selepas Bersalin

Kenaikan berat badan adalah normal untuk ibu mengandung. Tapi ia perlu dipantau agar peningkatannya tetap terkawal dan tak terlalu mendadak. Ini penting agar dapat mengelakkan diabetes semasa hamil di samping membantu menguruskan badan semula lepas bersalin nanti.

Pakar membuktikan bahawa berat badan selepas bersalin boleh kekal dan mendadak naik sehingga 18kg jika tidak diruskan dengan baik. Memang senang untuk kena obesiti pada masa akan datang. Fokus para ibu hamil perlu ditumpukan pada pemakanan yang sihat dan senaman ringan.

Foto Kredit: weight.sdghealth.com

4. Selepas Berkahwin

Kalau perempuan cenderung naik berat badan selepas bersalin, lelaki pula mudah gemuk ketika selepas berkahwin. Menurut kajian yang dilakukan, hal ini mudah berlaku kepada golongan lelaki kerana mereka biasanya dapat makan pelbagai makanan homemade yang lebih sedap dan banyak berbanding ketika bujang dahulu.

Selepas berkahwin juga, kebanyakan lelaki biasanya lebih sibuk dengan keluarga dan kerjaya hingga kurang memfokuskan pada aktiviti fizikal lagi.

Foto Kredit: msn.com

5. Pencen

Bila dah pencen, hari-hari anda kini tidak sesibuk dahulu. Anda punya banyak masa di rumah untuk melakukan aktiviti yang anda mahukan. Ini bermaksud, anda juga punya banyak masa untuk menikmati snek dan makan di luar bersama pasangan.

Tapi perlu diingat, badan pada usia begini tidak memerlukan kalori sebanyak dahulu. Bila semakin berusia juga, ramai yang mudah letih dan menjadi kurang aktif untuk bergerak dan bersenam. Ramai yang dah puas kerja dan fikir inilah masa untuk berehat. Kalau tak kena cara, ia boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan yang mendadak.

Foto Kredit: livetheavenues.com

Cara Pemakanan Penting

Tidak kira berapa usia dan fasa yang kita alami sekarang, cuba fikirkan balik gaya pemakanan kita. Adakah stok makanan di rumah jenis berkhasiat atau dipenuhi makanan segera? Adakah anda lebih memilih untuk masak sendiri atau bungkus di luar? Berapa banyak hidangan sayur dan buah yang kita makan dalam sehari?

Semua ini menjadi petunjuk kepada tabiat pemakanan kita. Maka, tak hairanlah berat badan boleh naik walaupun kita rasa macam tak makan banyak sangat.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×