Fesyen

Panduan Pilih Design Baju Raya Ikut Bentuk Badan Wanita, Barulah ‘Cun’!

45
SHARES
design baju raya

Tinggal beberapa hari lagi akan tibanya bulan puasa dan semestinya wanita-wanita di luar sana ingin mencari baju raya yang cantik dan sesuai mengikut bentuk badan mereka.

Untuk pengetahuan anda, pemilihan baju kurung yang sesuai amat penting untuk menyerlahkan potongan badan anda tidak kira sama ada baju tempah atau beli. Berikut adalah beberapa tips untuk wanita di luar sana sebelum membeli atau menempah baju raya!

Baca juga: Niat Puasa Ramadan Harian & Sebulan, Lengkap Bahasa Rumi & Arab

6 DESIGN BAJU RAYA MENGIKUT BENTUK BADAN

1. Kurung Pahang

design baju raya

Kurung Pahang bentuknya kembang di bahagian bawah. Badan yang kurus dan tinggi akan nampak lebih sesuai dan cantik bagi si pengguna. Jika anda berisi dan pendek elakkan baju kurung Pahang, nanti nampak lagi mengembang.

2. Corak sama baju dan kain

design baju raya

Wanita yang badannya rendah dan kecik boleh jadikan corak sama baju dan kain sebagai pilihan kerana dapat memberikan ilusi badan yang lebih tinggi.

3. Kurung pesak gantung

Baju kurung Pesak Gantung terdiri daripada pesak atas dan pesak bawah di mana bahagian tepi terbelah. Difahamkan, baju kurung jenis ini tidak sesuai jika anda bertubuh sedikit besar di bahagian pinggul. Untuk perut yang buncit, kurung pesak gantung merupakan pilihan yang terbaik kerana akan tutup perut buncit dan tampak lebih langsing.

4. Dart baju di depan

design baju raya

Selain itu, potongan baju ini sesuai untuk anda yang mempunyai tubuh seperti “hourglass”, lurus dan segi tiga tetapi tidak sesuai untuk mereka yang berbadan chubby.

5. Dart baju di belakang

Manakala potongan baju ini lebih sesuai untuk anda yang agak gempal kerana ia akan memberikan sedikit ilusi lebih kecil. Jika dart dibahagian depan, ia akan menyebabkan perut dan dada lebih menonjol

6. Cutting Duyung

Potongan ini sesuai untuk anda yang mempunyai bentuk tubuh seperti epal, hourglass, lurus dan berbadan chubby. Walau bagaimanapun, potongan baju ini tidak digalakkan untuk mereka yang bertubuh sedikit besar di bahagian bawah.

Teknik pilih pakaian yg sesuai dengan bentuk badan kita pastinya boleh buat kita nampak dan rasa lebih konfiden. Boleh cuba tips ini!

Sumber: Twitter Siswanisenan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×