Famili

Bukan Setakat Turunkan Berat Badan, Tapi Ada 9 Khasiat Lain Sengkuang Yang Perlu Anda Tahu!

1
SHARES
khasiat sengkuang

Sebut je sengkuang pasti di fikiran anda adalah sengkuang calit. Ia salah satu cara terkenal untuk menikmati buah itu iaitu makan sengkuang bersama sos khasnya. Tapi tahukah anda sebenarnya banyak khasiat sengkuang kepada tubuh badan seseorang?

Sengkuang ada rasa yang manis dan juga sedikit berkanji seperti epal. Sengkuang boleh dimakan secara mentah bersama buah lain dan turut boleh dijadikan ulam. Pelbagai jenis hidangan boleh dibuat dengan buah ini. Paling penting, selain menikmati rasanya, anda sebenarnya sedang menambahkan khasiat dalam badan. Jadi, apa khasiat sengkuang sebenarnya?

Baca juga: Bukan Hanya Boleh Merawat Masalah Kencing Manis, Ini 7 Khasiat Labu Air Anda Kena Tahu

10 KHASIAT SENGKUANG KEPADA TUBUH BADAN

1. Menurunkan berat badan

khasiat sengkuang

Sengkuang adalah buah  yang terbaik untuk diet. Ini kerana sengkuang merupakan makanan yang tinggi nutrisi tapi rendah kalori. Ia mengandungi serat dan air yang tinggi di mana boleh membantu anda untuk berasa kenyang lebih cepat dan lama.

Inulin yang terdapat dalam sengkuang boleh membantu anda mengawal selera makan dengan menjadikan anda rasa kenyang lama. Malah, serat inulin dalamnya juga mengekalkan paras gula pada tahap normal dan mengelakkannya daripada meningkat secara mendadak selepas makan.

2. Membantu bakteria baik

Sengkuang kaya dengan inulin, sejenis prebiotik yang merupakan makanan kepada bakteria baik dalam usus. Pengambilan makanan yang tinggi dengan prebiotik akan meningkatkan jumlah bakteria baik dalam usus serta mampu melawan bakteria jahat.

Pengambilan sengkuang akan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang mampu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, obesiti dan juga buah pinggang.

3. Kesan anti penuaan

khasiat sengkuang

Sengkuang mengandungi sebatian saponin, alkaloid, terpenoid, flavonoid dan tanin. Pigmentasi pada kulit berpunca daripada radiasi ultraviolet dapat dihalang melalui sebatian ini. Saponin menjaga kulit daripada rosak disebabkan oleh radikal bebas yang berlaku akibat penyerapan sinaran ultraviolet.

4. Mengawal penyakit kencing manis

Satu kajian telah dijalankan di atas haiwan yang mempunyai hyperglisemia iaitu keadaan di mana paras gula dalam darah menjadi tinggi. Ini akan menjadi toksik kepada sel pankreas dan mengurangkan sensitiviti insulin dan mengakibatkan ketidaktolenrasi kepada glukos.

Ekstrak sengkuang yang diberikan mampu menurunkan dan mengekalkan paras gula dalam darah kepada tahap yang normal. Sengkuang berjaya membuatkan insulin mampu untuk menukarkan karbohidrat kepada gula ringkas.

5. Mengelakkan pembentukan sel kanser

Inulin dalam sengkuang, adalah sejenis prebiotik  yang mampu untuk menghalang sel kanser daripada membesar dan merebak ke organ yang lain. Ia mempunyai kesan perlindungan bermula dari fasa permula, semasa fasa tumbesaran, kesan antikarsinogenik ini dianggap sebagai penghalang kepada sel kanser untuk terhasil dan membesar.

6. Penggalakan proses pencernaan

khasiat sengkuang

Kandungan serat dalam sengkuang membantu proses pencernaan lebih lancar. Malah, inulin adalah serat yang membantu meningkatkan pergerakan dalam usus terutamanya penghidap sembelit.

Selain itu, sembelit dapat diredakan menerusi kandungan air yang banyak dalam sengkuang. Buah ini membantu untuk memenuhi keperluan air yang diperlukan badan.

7. Kesan antioksidan

Sengkuang turut mempunyai kesan antioksidan yang menjaga tubuh badan daripada kerosakan sel. Antioksidan ini melindungi daripada kerosakan sel dengan melawan radikal bebas, iaitu molekul berbahaya yang mengakibatkan tekanan oksida.

Tekanan oksida boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser dan kencing manis. Justeru, sengkuang yang mempunyai antioksidan tinggi boleh melindungi daripada tekanan oksida dan mengurangkan risiko berlakunya penyakit kronik.

8. Melindungi kesihatan jantung

Sengkuang mampu melindungi kesihatan jantung melalui pelbagai kandungan nutrisi yang penting di dalamnya. Serat di dalam sengkuang membantu mengurangkan paras kolesterol.

Selain itu, sengkuang mengandungi kalium yang berfungsi untuk mengembangkan saluran darah agar peredaran darah lancar ke seluruh badan. Malah, nitrat di dalam sengkuang penting untuk meningkatkan prestasi senaman dan juga pengaliran darah.

Sengkuang juga boleh mengurangkan risiko darah beku, dibuktikan melalui satu kajian terhadap satu kumpulan yang mengamalkan jus sengkuang setiap hari.

9. Kesan antibakteria

Kajian membuktikan bahawa sengkuang mampu melawan bakteria. Sengkuang mengandungi flavonoid, tanin, kuonin, saponin, alkaloid dan triterpenoid. Kajian itu menunjukkan bahawa ekstrak sengkuang boleh melawan bakteria Staphylococcus aureus.

Malah, sengkuang juga efektif dalam melawan tungau Sarcoptes scabiei yang mengakibatkan penyakit kulit pada kulit haiwan ternakan.

10. Mengelakkan penyakit tulang rapuh

khasiat sengkuang

Kajian membuktikan bahawa sengkuang mampu mencegah penyakit tulang rapuh atau osteoporosis. Kandungan isoflavon dalam sengkuang berupaya menghalang kehilangan jisim tulang dan menaikkan penyerapan kalsium ke dalam tulang.

Banyak kan sebenarnya khasiat sengkuang? Nutrisi yang tinggi di dalamnya membuatkan sengkuang mampu melindungi tubuh badan. Mungkin pelbagai resipi baru melibatkan sengkuang boleh dicipta lebih banyak supaya lebih ramai amalkan makanan ini.

Sumber: Root of Science

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×