Dapur

Resepi Sengkuang Calit Paling Simple. Buat Sendiri Lagi Best & Puas Makan!

86
SHARES
resepi sengkuang calit

Ada tak yang suka makan sengkuang calit?

Mesti ramai yang suka kan…

Inilah antara snek yang paling ‘legend’ masa zaman kita kecil dulu.

Sekarang mungkin susah juga nak cari orang jual sengkuang calit ni. Maklumlah, dah makin banyak makanan viral dan hipster yang menjadi kegemaran.

Apapun, kalau terasa rindu nak makan sengkuang calit ni bolehlah cuba buat sendiri dekat rumah.

Confirm lagi puas hati sebab boleh adjust ikut suka kita kalau nak lagi pedas, manis-manis atau masam sikit.

Lagipun cara nak buat sengkuang calit ni pun taklah susah sangat.

Jom kita tengok resepi sengkuang calit homemade yang dikongsikan oleh Hafizah Ibrahim di bawah ini.

Resepi Sengkuang Calit Paling Simple & Sedap

Alkisahnya malam-malam ni teringin nak makan sengkuang calit.

Malam-malam ni mana nak cari pulak kat luar kan?

Kebetulan ada sengkuang dekat rumah bolehlah buat sengkuang calit homemade ni.

Mudah sangat… Jom tengok resepi sengkuang calit ni.

Ketang-ketung kat dapur, kejap je siap!

Resepi Sos Sengkuang Calit

  • Cili kisar
  • Kicap manis
  • Sos cili
  • Belacan
  • Air asam jawa
  • Gula / gula perang / gula Melaka
  • Sedikit tepung jagung (untuk pekatkan sos)

Optional – kacang tumbuk / bijan

Cara-cara

1. Masak Bahan Atas Api

Mula-mula kita satukan semua bahan kecuali air asam jawa dan tepung jagung.

Bubuh dalam periuk kecil dan kacau biar sebati.

Masak atas api guna api perlahan ya.

2. Masukkan Air Asam Jawa & Tepung Jagung

Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau-kacau sampai mesra.

Akhir sekali masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.

Fungsi tepung jagung ni untuk pekatkan sos ye.

Jangan terus masukkan tepung jagung ke dalam sos tanpa dibancuh sebab takut nanti berketul-ketul jadinya.

Oh ya, boleh taburkan bijan kalau ada dan kalau suka.

3. Adjust Perasa Ikut Suka

Bila agak-agak dah sebati dan meletup-letup sikit bolehlah tutup api.

Tujuan nak masak atas api tu sebab kita masukkan cili kisar tu, takut sakit perut pulak kalau makan terus tanpa dimasak dulu kan.

Nanti rasalah sos tu, kalau ada apa yang kurang boleh tambah dan adjust ikut sedap kitalah nak macam mana.

Saya tak ada sukatan, just masukkan agak-agak je banyak mana.

[ Baca juga : Resipi Sos Cili Thai Homemade Rasa Sama Macam Di Restoran Thailand, Aroi Mak! ]

4. Sapu Atas Sengkuang & Tabur Kacang Tumbuk

Bila sos dah siap, kita tunggu sejuk sikit dan sapulah atas sengkuang ikut banyak mana kita suka.

Lepas tu nak lagi sedap boleh taburkan kacang tumbuk.

Fuh, lagi sedap terangkat!

Kejap je dah siap dah sengkuang calit kita… Nilah hasilnya.

resepi sengkuang calit 1

resepi sengkuang calit 1

Rangup, Sedap & Menggamit Memori

Mudah kan?

Memang sedap makan sengkuang rangup-rangup tu dengan sos calit ni.

Lepas tu gigit pulak dengan kacang tumbuk, memang kombinasi yang mantap dan menggamit memori zaman kecik-kecik dekat sekolah dulu.

Tapi dulu orang jual 20sen, 50sen macam tu je. Sekarang ni kadang-kadang boleh sampai RM3-4 jugak.

So memang berbaloi kalau buat sendiri kan? Dapat makan sampai menjilat bekas!

Selamat mencuba resepi sengkuang calit yang simple ni ya.

[ Baca juga : Guna Roti Burger Je! Ini Cara Buat Korean Garlic Cheese Bread Paling Simple Tapi Tetap Sedap ]

 

*Resepi sengkuang calit paling simple dan sedap ini dikongsikan oleh Hafizah Ibrahim menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan resepi sila rujuk posting asal beliau di SINI.

Most Popular

To Top