Dapur

Guna Roti Burger Je! Ini Cara Buat Korean Garlic Cheese Bread Paling Simple Tapi Tetap Sedap

1.2K
SHARES

Sekarang ni memang tengah viral dengan resepi Korean Garlic Cheese Bread / Bun tu kan?

Sana sini nampak orang posting pasal roti tu. Rasa teringin pulak nak cuba.

Tapi kita ni bukanlah pandai sangat buat roti…

Silap-silap jadi keras, lembek, liat. Maklumlah nak buat roti ni perlukan kemahiran dan skil tertentu jugak kan.

So, bagi yang teringin nak cuba resepi Korean Garlic Cheese Bread tu tapi tak pandai nak buat roti, bolehlah cuba cara yang ditunjukkan oleh saudari Salbiah Bt Mustapar ni.

Guna roti burger je… Sedap jugak tau dan hasilnya pun tak mengecewakan.

Yang penting, confirm jadi!

Jom kita tengok resepi Korean Garlic Cheese Bread versi mudah dan cepat yang dikongsikan beliau.

resepi korean garlic cheese bread

Resepi Korean Garlic Cheese Bread Paling Simple Guna Roti Burger

Saya nak share cara saya buat Korean Garlic Cheese Bread paling simple guna roti burger je.

Ini bahan-bahannya.

Bahan-bahan

A. Bancuhan cheese untuk celah roti

  • Cream cheese 250g (saya guna Tatura – nak guna jenama lain pun boleh)
  • Gula aising 40g
  • Whipping creamm 30g

*Mix semua bahan sampai sebati

B. Bancuhan garlic untuk celup roti

  • 1 labu bawang putih cincang halus
  • 150g butter
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar gula halus
  • Oregano secukupnya

*Gaulkan semua bahan sampai sebati

C. Roti Burger

Saya beli bun burger yang tak ada bijan tu.

(Lebih kurang yang macam nilah.)

resepi korean garlic cheese bread

Cara-cara

Cara-cara nak buatnya simple je.

1. Sediakan Bahan A & B

Mula-mula sediakan dulu bahan A dan B.

2. Belah Roti Burger

Kemudian saya belah 4 roti burger tu tapi jangan sampai putus tau.

Make sure guna pisau yang tajam supaya potongan pun cantik.

3. Isikan Cream Cheese

Seterusnya kita isikan cream cheese iaitu semua Bahan A yang dah dicampurkan tadi.

Boleh bubuh ikut banyak mana kita sukalah, ikut tekak masing-masing.

Resepi korean garlic cheese bread

4. Celup Dengan Garlic

Lepas tu celupkan dengan adunan garlic, iaitu semua Bahan B yang dah digaulkan di atas tu.

5. Bakar

Akhir sekali kita bakarlah roti tu.

Agak-agak bakar dalam 20 minit ikut oven masing-masing.

Resepi korean garlic cheese bread

Siap!

Mudah dan super cepat kan?

Memang sedap makan panas-panas. Aromanya pun memang cukup membuka selera.

Jadi lepas ni tak payah risau dah… Boleh beli je bun burger tu untuk cuba resepi Korean Garlic Cheese Bread ni.

Walaupun simple tapi sedap sangat.

[ Baca juga : ‘Terbang’ Ke Korea Dengan Resipi Ttteokbokki Viral Ini, Kena Cuba Di Rumah! ]

resepi korean garlic cheese bread

Jangan lepas ni semua roti burger dekat kedai habis sudahlah…

So apa lagi, dah tahu buat bolehlah try.

Selamat mencuba!

[Kredit resepi: Salbiah Bt Mustapar via Masak Apa Hari Ni (MAHN)]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×