Dapur

‘Terbang’ Ke Korea Dengan Resipi Ttteokbokki Viral Ini, Kena Cuba Di Rumah!

Tteokbokki atau rice cake ini merupakan makanan berasal dari Korea yang agak popular di Malaysia. Jika anda merupakan peminat makanan dari negara yang popular dengan muzik K-Pop ini, pastinya sudah terbiasa dengan menu rice cake yang mempunyai rasa pedas dan manis ini. Bagi anda yang tidak pernah mencuba, inilah masanya untuk membuat tteokbokki sendiri di rumah!

Bahan untuk rice cake *sukat guna cawan yg sama ye*

1 cawan tepung beras pulut
1/2 cawan air + 1 sdt garam (larutkan)

Campurkan dan uli.

CARA-CARANYA

1. Uli seminit dua je dapat dah mcm ni. Mangkuk bersih, tepung tak lekat di tangan. Kalau lekat jugak, tabur sikit tepung pulut sampai dapat lembut boleh uli. Kalau berderai, basahkan jari, uli lagi.

2. Tabur tepung pulut atas permukaan teokbokki dan uli..

3. Bahagikan 4 bahagian.. ikutlah nak bahagi 6 pun boleh lagi senang.

4. * Sebelum uli.. Sediakan 3 cawan air dalam periuk dan panaskan. Letak 1 sudu minyak dalam air tu. Ambik satu untuk uli. Tutup bakinya dengan kain bersih lembab.. Uli smpai semua siap.

5. Macam ni.. Hudoh benor uli pon, Kemudian potong pendek-pendek . Masa ni pastikan air dah didih ye..

6. Rebus dalam air tadi hingga nampak HAMPIR NAK TIMBUL. Terus ceduk toskan. Tak perlu rebus lama-lama nanti kembang dah tak sedap ! Simpan air rebusan 1 senduk.

Bahan untuk sos dari kiri : ** Utk seorang mkn **

• 1 sdb Gochujang (korean chili paste) – Kalau tak ada jangan panik.. baca next..
• 1 sdb sos cili
• 1 sdb sos tomato
• 1 ulas bawang putih cincang halus
• 1 sdt gula perang
• 1/4 sdt minyak bijan
• standby 1 senduk air rebusan tadi
• garam secukup rasa

*Panaskan kuali, masuk 1 sudu minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi. Nak masukkan sosej / fish cake masa ni boleh masuk. Kemudian masukkan semua bahan lain. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan kek beras tadi. *Kalau suka kering tak payah.

1. Ini gochujang dan minyak bijan yang saya guna.. Harga gochujang mahal skit RM11.90 sebab import, tapi berbaloi guna sikit je dah rasa. Kalau tak jumpa cari gochujang ni, boleh substitute dengan :

1 senduk sos cili
1 senduk sos tomato
1 sdt cuka
1/2 sdt garam
1 sdt serbuk cili
1 sdt kicap karamel / pekat / gula perang

** Tapi rasa takkan jadi 100% sama ye sbb gochujang ada mustard & cili korea.

2. Taburkan bijan sangai utk lebih ‘nutty flavor’. Tak suka boleh abaikan.

3. Tteok dia lembut, lebih lembut dari yang beli frozen tau! Rasa dia chewy, savory, nutty & pedas-pedas manja.. Selamat mencuba !

Sumber : Yuss Aisya

Yang Popular

To Top