Dapur

Cara Buat Tteokbokki Paling Cepat Siap & Sedap Tak Terkata, Pedas Berdengung!

73
SHARES
resepi tteokbokki

Salah satu menu makanan Korea yang menjadi kegemaran adalah tteokbokki atau Spicy Rice Cake. Bukan sahaja pedas dan manis-manis, menu ini juga mampu untuk mengenyangkan perut. Tapi, tercari-cari juga resepi tteokbokki yang mudah untuk dimasak terutamanya untuk pelajar kolej.

Jadi, apa kata jom kita cuba cara paling mudah dan cepat untuk makan tteokbokki tapi rasanya masih sama seperti di restoran Korea. Campak-campak siap!

Baca juga: Cara Buat Agar-Agar Kering Macam Nenek Ajar, Bangkitkan Nostalgia Zaman Dulu!

RESEPI TTEOKBOKKI PALING CEPAT SIAP & SENANG MAKAN

resepi tteokbokki

Bahan-bahan:

-Enoki
-Daun bawang
-Fish cake
-Bawang putih cincang
-Tteokbokki

Sos:

-4 sudu serbuk cili
-2 sudu gula
-2 sudu kicap
-2 sudu sos tiram
-1 sudu minyak
-2 sudu gochujang

Cara-caranya:

1.Letak 600ml air dalam periuk.

2.Didihkan bahan-bahan yang dinyatakan di atas.

3.Masukkan bahan sos tadi dijadikan sebagai pes seperti pes tomyam.

4.Didihkan sehingga masak.

5.Boleh masukkan telur rebus ala-ala orang Korea.

6.Siap! Boleh makan begitu sahaja atau dengan nasi putih.

resepi tteokbokki

*Sedapnya! Bila makan ada rasa manis-manis dan pedas serta mengenyangkan perut.

Baca juga: Kantin Sekolah Ini Sediakan Makanan Versi Sihat, Dipuji Ramai Dan Harus Jadi Contoh!

Sumber: Tiktok @itsma

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×