Dapur

Resipi Sos Cili Thai Homemade Rasa Sama Macam Di Restoran Thailand, Aroi Mak!

340
SHARES
resipi sos cili thai

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Thailand, boleh dikatakan semua jenis menu yang terdapat di sana adalah amat menyelerakan. Selain tomyam yang merupakan ‘signature’ kepada makanan Thai, sos pencicah manis dari negara tersebut juga menjadi kegilaan rakyat di Malaysia. Hal ini kerana rasanya yang manis dan pedas amat sesuai untuk digandingkan bersama keropok lekor dan steamboat. Oleh itu, hari ini kami sertakan resipi Thai Sweet Chili Sauce hasil dari perkongsian di Facebook supaya anda boleh buat di rumah dan makan tidak kira waktu yang anda mahu!

HOMEMADE THAI SWEET CHILI SAUCE

Sos tomato dah, kali ni sos pencicah pulak. Resepi sambil goyang kaki je. Tak susah pun. Pedas, masam manis. Ofkos menyengat setiap kali masuk mulut. Sesuai untuk cicah keropok, ayam bakar, udang dan sotong celup tepung, kerang rebus dan lain-lain. Ala, macam sos pencicah yang kat kedai tom yam tu la.

Bahan-bahan

1. Cili besar dan cili burung
2. Bawang putih
3. 1 cawan Gula organik
4. 1 sudu besar Garam pink
5. 1 sudu besar Cuka
6. Sos ikan(x nak masuk pun x pe)
7. 1 sudu Tepung jagung untuk memekatkan.

1. Kisar cili bersama bawang putih yang dipotong kasar.

2. Jangan terlampau halus sebab kita nak ada kepingan cili tu.

3. Dalam periuk, masukkan air, gula, garam, cuka dan sos ikan.

4. Kemudian masukkan cili kisar tadi.

5. Masakkan atas api yang sederhana besar sehingga menggelegak. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air.

6. Tunggu sehingga sejuk dahulu baru masukkan dalam botol.

7. Yang dah siap masuk botol. Recycle je botol sos yang dah habis.

*Dah boleh cicah keropok lekor. Sedapnya!

Sumber : Sumaiyyah Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×