Dapur

Resepi Kuah Rojak Buah Hasil Air Tangan Sendiri, Pedas & Hitam Likat!

40
SHARES
resepi kuah rojak

Ini merupakan resepi kuah rojak homemade yang mudah disediakan dengan menggunakan gula merah, yang bukan seperti kelazimannya iaitu gula melaka. Seperti semua maklum, rojak ialah hidangan salad yang biasa ditemui di rantau Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Varian paling popular salad ini terdiri daripada campuran buah-buahan dan sayur-sayuran dihiris dan dihidangkan dengan saus gula melaka yang pedas. Jadi, mari ikuti resepi kuah rojak yang dikongsikan Cik Pooja seperti di bawah!

Baca juga: Resepi Sotong Celup Tepung Rangup & Tips Elak Meletop Semasa Goreng!

RESEPI KUAH ROJAK HOMEMADE

resepi kuah rojak

Gambar:

Kuah rojak buah homemade pula ampa oii. Ada yang bagitahu Cik Pooja, dia dah cuba resepi simplelicious byCikpooja ini dan dah boleh jadi pendapatan sampingan seorang suri rumah. Pokok pangkal rajin saja… kan! Mesti boleh punya hehe. Benda mudah dan yang penting memang sedap.

Baca juga: Tips Bersihkan Dapur Gas Hitam Berkarat, Sembur Dengan Bahan Ini Hasilnya Berkilat!

Kuah rojak pekat likat memikat

resepi kuah rojak

Gambar:

Bahan-bahan:

  • Segenggam cili kering (dipotong, dibuang bijinya, dibasuh bersih dan direndam sekejap dengan air panas dalam 5 minit, kemudian toskan)
  • Belacan (saya guna belacan melaka dan guna separuh dari dalam gambar)
  • 1 cawan gula merah (bukan gula perang)
  • 3 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan kicap (kicap yang makan dengan nasi itu)
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
  • 2 sudu besar garam (boleh letak sikit-sikit kalau takut masin)
  • 2 sudu besar bijan
  • Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar

Baca juga: Rojak Betik Kuah Ikan Terengganu, Versi Pantai Timur Ni Lebih Kecur Air Liur!

Cara-cara memasaknya:

  1. Cili + belacan +secawan air dikisar smpai halus (masukkan dalam kuali).
  2. Gula merah dibancuh dengan secawan air dan ditapis (masukkan dalam kuali).
  3. Masukkan gula pasir.
  4. Masukkan kicap dan sos cili.
  5. Masak dulu semua bahan-bahan tadi smpai mendidih, jaga-jaga sebab ia cepat meruap nanti melimpah banjir pula dapur. Selalu kacau-kacau kuah itu.
  6. Bila kuah dah mendidih, masukkan garam secukupnya supaya rasanya seimbang.
  7. Selepas itu, masukkan air bancuhan tepung jagung tadi dan kacau hingga sebati.
  8. Masa ini memang kena kacau selalu guna api perlahan ya.
  9. Masak sampai kuahnya agak pekat.
  10. Barulah masukkan bijan dan kacang tanah yang dikisar tadi. Kacang kisar yang lebih itu bila masa nak makan baru ditabur lagi atas rojak.
  11. Masak lagi sampai kuah pekat hitam memikat.

Siap sudah! Sekian.

Baca juga: Rahsia Tanam Daun Selom Hidup Lebat Merimbun & Ini Teknik Berkebun Tepi Dapur!

Sumber: Cik Pooja via Masak Apa Hari Ini.. (MAHN)

FT Image: Cik Pooja / sri sumairi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×