Dapur

Resipi Salad Timun Yogurt Viral Rangup Berjus, Kesedapannya Setanding Salad ‘5 Star’!

43
SHARES
resepi salad

Baru-baru ini Resepi Salad Timun Yogurt telah mendapat perhatian penggemar makanan di media sosial. Hal ini kerana, keenakannya yang rangup ‘juicy’  dan segar berjaya menandingi Salad Caesar yang cukup terkenal itu. Apatah lagi cara penyediaannya tidak lebih 5 minit pun.

Maka, tidak hairan salad ini mendapat tempat di hati pengamal makanan sihat. Kalau anda nak tahu macam mana rasanya, jom cuba ikuti resipi di bawah perkongsian dari Puan Fairus Fariza.

Baca juga: Ini 3 Kaedah ‘Power’ Simpan Daun Kucai, Segar Berbulan & Tak Berlendir!

RESEPI SALAD TIMUN YOGURT

resepi salad

SALAD TIMUN YOGURT VIRAL

Patut lah viral resepi ini sebab salad timunya sangat sedap, refreshing dan senang nak buat.

Bahan-bahan:

  • Timun
  • Yogurt asli
  • Jus Lemon
  • Garlic powder
  • Bon chili – ni tambah drp resepi asal
  • Garam

Baca juga: Resipi Nasi Hujan Panas Tanpa Susu Cair, Pasti Lebih Sedap & Puas Hati

Cara-cara:

  1. Potong dengan pengupas kulit buah supaya tektur timun halus.
  2. Satukan semua bahan di atas dan gaul sehingga semuanya sebati.
  3. Adjust rasa.
  4. Terus makan!

Simpan resepi ini untuk rujukan ya. Terus buat timun salad version ini sebab mudah sangat dan sedap. Yogurt kena yang natural punya, jangan ambil yogurt perisa yang manis-manis itu sebab nanti tak jadi.

Sekadar perkongsian info, salad merupakan sejenis hidangan yang dihidang dalam jumlah kecil dan sering digaul bersama sos. Salad taman lazimnya menggunakan sayur daun sebagai bahan asas, di mana perkataan salad itu sendiri merujuk khusus kepada salad taman itu.

Bahkan, ia boleh disediakan dengan menggunakan pelbagai jenis makanan termasuklah sayuran, buah, daging yang telah dimasak, telur dan bijirin. Disebabkan salad amat mudah disediakan, maka tidak hairan ia menjadi hidangan ringkas yang digemari ramai.

Baca juga: Resipi Kaswi Jagung ‘Viral’, Guna 3 Jenis Tepung INI Baru Lebih Lembut Menggedik!

Sumber: Fairus Fariza

FT Image: Fairus Fariza

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×