Dapur

Resipi Kaswi Jagung ‘Viral’, Guna 3 Jenis Tepung INI Baru Lebih Lembut Menggedik!

92
SHARES
resepi kaswi gedik jagung

Semenjak kuih kaswi gedik menjadi viral, terdapat variasi perisa yang telah dihasilkan seperti pandan dan kacang merah. Oleh sebab itu, kali ini penulis ingin berkongsikan resepi kaswi gedik jagung pula. Selain menggunakan 3 jenis tepung, resipi ini juga mempunyai tips kelapa parut jadi lambat masam dan basi serta elak air wap menitik di permukaan kuih.

Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Aimer di laman Youtubenya. Penulis pasti, para peminat jagung di luar sana pasti tidak sabar untuk mencubanya di rumah. Jadi, tunggu apa lagi jom cuba resepi kaswi gedik jagung ini di bawah. Rugi kalau tak cuba!

Baca juga: Resipi Nasi Hujan Panas Tanpa Susu Cair, Pasti Lebih Sedap & Puas Hati

RESEPI KASWI GEDIK JAGUNG

resepi kaswi gedik jagung

Gambar: Aimer Kitchen

Kuih kaswi lagi, tapi kali ini buat perisa jagung. Resipi ini dapat lah 24 biji (acuan twister).

KUIH KASWI JAGUNG

Bahan-bahan dan cara penyediaannya:

resepi kaswi gedik jagung

Gambar: Aimer Kitchen

Bahan adunan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung ubi kayu
  • 3 sb tepung jagung
  • ¾ cawan gula putih
  • 1 cawan santan cair untuk rasa berlemak
  • 1 cawan air putih
  • 2 sudu besar air kapur
  • 2 sudu besar jagung manis tin (sweet corn cream)
  • Pewarna kuning telur
  • Sedikit garam

Bahan lain:

  • Kelapa parut
  • Sedikit garam
  1. Campurkan semua bahan adunan dan kacau hingga sebati (boleh kisar).
  2. Sementara itu, didihkan air di dalam periuk kukus.
  3. Oleskan sedikit minyak pada bekas acuan atau bekas loyang.
  4. Tuang adunan ke dalam bekas acuan atau loyang sehingga penuh.
  5. Kemudian, kukus kuih selama 15 minit dan ditutup rapat guna penutup periuk.
  6. Pastikan penutup periuk dibalut dengan kain supaya air wap tidak jatuh di atas permukaan kuih.
  7. Bila dah masak, biarkan kuih sehingga sejuk sebelum ia dikeluarkan daripada acuan menggunakan lidi.
  8. Akhir sekali, kukuskan kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam selama 5 minit yang akan menjadikan ia lambat masam dan basi.
resepi kaswi gedik jagung

Gambar: Aimer Kitchen

Resepi Kaswi Gedik Jagung ini sedia untuk dinikmati bersama keluarga dan boleh lah meraikan tetamu yang berkunjung ke rumah juga.

Baca juga: RAHSIA Sosej Homemade Lazat Guna Daun Pisang, Memang Kualiti Terbaik!

Sumber: Aimer Kitchen

FT Image: Aimer Kitchen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×