Dapur

Resepi Tepung Bungkus, Kuih Tradisional Yang Dirindui, Mudah Nak Buat Rupanya!

3.5K
SHARES
tepung bungkus

Adakah anda pernah melihat atau mendengar nama kuih tradisional tepung bungkus? Pada generasi lama, tepung bungkus bukan lah kuih tradisional yang asing kerana ia memang digemari dan mudah untuk dibuat.

Namun kini, tepung bungkus sudah jarang dilihat dan dijual oleh peniaga. Sekiranya, anda merindui tepung bungkus kuih tradisional yang semakin ditelan zaman ini, apa kata anda belajar membuatnya melalui resepi di bawah yang dikongsikan oleh Puan Faezah Ab Wahab.

Kalau anda beranggapan ia susah nak dihasilkan, sebenarnya tidak pun. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Sambal Hitam Pahang Cara Moden & Tradisional, Hasilnya Memang Umami!

TEPUNG BUNGKUS

tepung bungkus

Gambar: Mas Cotek

Tepung bungkus di petang hari. Terima kasih pada empunya resepi, sedap sangat!

RESEPI DI BAWAH

Bahan dan cara adunan tepung:

tepung bungkus

Gambar: Faezah Ab Wahab

  • 3 cawan santan
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu gula
  • Sedikit garam
  1. Masak atas api perlahan sambil kacau sehingga ia pekat.
  2. Kemudian, tutup api.

Baca juga: Ini Tips ‘Power’ Siang Udang Lipan, Hasilnya Isi Seketul Tanpa Lekat Pada Kulit!

Bahan dan cara buat inti:

tepung bungkus

Gambar: Faezah Ab Wahab

  • 1/2 biji kelapa muda
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 cawan air
  • Daun pandan
  1. Kacau atas api sampai kering.
  2. Letak tepung sikit untuk bagi kelapa itu lembab bersalut.
  3. Kalau kurang manis tambah gula putih.
  4. Bila dah masak buat bulat-bulat kecil untuk dijadikan inti.

Adunan tepung dan inti:

tepung bungkus

Gambar: Faezah Ab Wahab

  1. Boleh lah dibungkus inti dengan adunan tepung tadi.
  2. Kukus api sederhana dalam 15 minit.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Teh Masala Yang ‘Kick’, Enaknya Melekat Di Segenap Rongga Mulut!

Sumber: Faezah Ab Wahab via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Faezah Ab Wahab

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×