Sihat

AWAS! Ini 7 Tanda Anda Mengalami Sakit Buah Pinggang Yang Tidak Disangka-Sangka

35
SHARES
simptom sakit buah pinggang

“Dalam 2 jam ni dah 4 kali aku pergi toilet untuk kencing, ini dah termasuk simptom sakit buah pinggang ke? Takut!”

Seringkali kita dengar bahawa penyakit buah pinggang boleh meragut nyawa sesiapa sahaja yang tidak menjaganya dengan betul. Jika tidak meragut nyawa, anda perlu berhadapan dengan proses dialisis sehingga ke akhir hayat di mana inilah proses yang melecehkan.

Penyakit buah pinggang ini bukan hanya menyerang orang yang sudah berusia sahaja, malah ada juga yang baru umur 25 tahun sudah mengalami simptom sakit buah pinggang yang kronik!

Baca juga: Beronani Punca Kulit Muka Berjerawat, Adakah Ia Benar Atau Mitos Semata-Mata?

SIMPTOM SAKIT BUAH PINGGANG, AWAS!

simptom sakit buah pinggang

1.Lidah rasa macam berlogam

Bila fikir balik, ada juag ketika apabila lidah kita terasa seperti makan logam atau menjilat besi bukan? Rupa-rupanya ini merupakan tanda buah pinggang berada dalam masalah. Ini kerana, pembentukan sisa darah yang disebut sebagai uremia boleh menyebabkan perubahan dalam rasa makanan serta menjadi punca nafas anda berbau.

Bukan itu sahaja, kalau dahulu anda sangat suka makan daging, kini tidak lagi. Malah anda akan hilang terus selera makan yang menyebabkan penurunan berat badan mendadak serta akan membuatkan anda loya dan muntah.

2.Kencing berbuih

Air kencing yang kelihatan berbuih seperti mengacau telur mentah adalah kerana air kencing tersebut mempunyai kandungan protein. Namun, terlebih kandungan protein menunjukkan simptom buah pinggang anda gagal berfungsi dengan baik untuk mencernakan ia.

3.Duduk dalam bilik panas tapi rasa sejuk pun simptom sakit buah pinggang!

Ada juga dalam kalangan rakan kita yang mudah berada sejuk walaupun berada di dalam suhu bilik. Seringkali kita tertanya-tanya adakah kita yang bermasalah kerana mereka mudah berada sejuk atau sebaliknya? Nampaknya, situasi ini berkaitan dengan penyakit Anemia yang menyebabkan anda berasa sejuk sepanjang masa walaupun dalam bilik yang panas atau ketika individu lain merasa panas. Aneh!

4.Cepat letih

Baru sahaja mula buat kerja dah letih, tak boleh fokus dan lemau? Awas! Ini merupakan simptom buah pinggang anda mengalami masalah. Penurunan yang kronik dalam fungsi buah pinggang cenderung membawa kepada pembentukan toksin dan kekotoran dalam darah yang menjadi punca cepat letih, lemah dan sukar fokus.

Komplikasi lain penyakit buah pinggang adalah anemia yang menjadi punca kepada rasa lemah dan letih. Anda juga mungkin akan merasa pening kepala dan terasa seperti akan pitam. Bahaya tu kalau tengah memandu!

5.Kulit kering dan gatal simptom sakit buah pinggang lemah

Buah pinggang juga berperanan untuk membuang bahan buangan dan lebihan cecair dari badan untuk membantu menghasilkan sel darah merah yang baharu. Bukan itu sahaja, buah pinggang yang sihat membantu mengekalkan tulang yang kuat dan jumlah mineral yang betul dalam darah supaya kulit sentiasa sihat.

Jika anda sering mengalami kegatalan dan kulit yang kering, ini boleh menjadi tanda penyakit mineral dan tulang yang cenderung menyebabkan penyakit buah pinggang yang tidak boleh lagi mengimbangi kandungan mineral yang harus dibekalkan.

6. Kerap kencing

Setiap 30 minit mesti akan ke tandas untuk kencing, penatlah! Jika anda kerap kencing berbanding sebelum ini terutama pada waktu malam, ini merupakan AMARAN sakit buah pinggang. Perkara ini terjadi kerana penapis pada buah pinggang telah rosak yang menyebabkan rasa ingin membuang air kencing meningkat. Bukan sahaja masalah buah pinggang, ini juga merupakan tanda jika anda terkena jangkitan kuman pada air kencing.

simptom sakit buah pinggang

7. Bengkak kaki

Mengalami bengkak khususnya pada bahagian kaki merupakan tanda buah pinggang tidak berfungsi dengan baik. Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi akan menyebabkan air yang berlebihan berkumpul dalam badan dah tidak dapat dikeluarkan. Justeru, menyebabkan kaki, pergelangan kaki, atau tangan menjadi bengkak.

Bengkak pada bahagian kaki juga boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan penyakit jantung, penyakit hati dan masalah urat kaki yang kronik.

Punca berlakunya masalah buah pinggang:

1.Diabetes type 1 & 2

2.Tekanan darah tinggi

3.Masalah buah pinggang keturunan

4.Batu karang, kanser

5.Jangkitan kuman buah pinggan

6.Obesiti

7.Masalah kardiovaskular/ sakit jantung

8.Merokok

*Oleh itu, bermula dari sekarang kita perlu menjaga kesihatan buah pinggang dari masalah yang kronik. Tak perlu lah makan supplemen yang viral di laman media sosial kononnya untuk putihkan kulit, sebaliknya menyebabkan buah pinggang sendiri merana…

Sumber: Hello Doktor, Mayo Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×