Sihat

Rekod Kesihatan Baik Tapi Masih Kena Serangan Jantung? Rupanya Ini Sebabnya…

107
SHARES

Serangan jantung berlaku apabila aliran darah yang membawa oksigen ke otot jantung terlalu berkurangan atau dihalang sama sekali. Apabila sebahagian daripada otot tidak menerima oksigen yang diperlukan untuk berfungsi, otot mula punah.

Malah, kajian juga mendapati individu yang kesepian berisiko lebih tinggi mengalami sakit jantung berbanding mereka yang tidak kesepian dan sering dikelilingi insan tersayang. Tapi, apakah punca serangan sakit jantung? Seorang pakar jantung telah berkongsi di TikToknya @pakarjantungdrrahim berkenaan dengan kesihatan jantung.

Baca juga: Soalan Kontroversi, Doktor Kongsi Perbezaan Antara Otak Lekaki & Perempuan

PUNCA SERANGAN JANTUNG WALAUPUN REKOD KESIHATAN BAIK

Pernah ataupun tidak kita melihat orang yang sihat, tidak merokok, tiada diabetes, tahap kolestrol normal tetapi terkena dengan serangan jantung?

Bukan semua serangan jantung berlaku secara mendadak atau sakit dada yang teruk seperti yang biasa dilihat di TV atau di dalam filem. Simptomnya berbeza mengikut individu. Sesetengah orang akan mula berasa sakit atau tidak selesa, manakala sesetengah orang tidak mengalami sakit dada langsung.

Dr. Rahim telah berkongsi jawapan ke atas pertanyaan berkenaan serangan sakit jantung.

“Saya telah berjumpa ramai pesakit yang mempunyai rekod kesihatan yang memang baik, akan tetapi mereka terkena serangan jantung pada usia yang muda,” kata Dr. Rahim menerusi perkongsiannya di TikTok.

Menurut Dr. Rahim juga, serangan sakit jantung ini boleh berpunca daripada:

1. Stress

2. Tidak cukup rehat

3. Tidak cukup tidur

Serangan jantung boleh dikaitkan dengan atau mengakibatkan masalah kesihatan yang teruk seperti kegagalan jantung dan aritmia yang boleh membawa maut.

Jika anda tahu yang anda atau sesiapa yang mungkin menghidapi serangan jantung atau simptomnya, jangan abaikan atau terasa malu untuk meminta bantuan.

Video penuh:

@pakarjantungdrrahim

Adakah stress menyebabkan serangan jantung. #seranganjantung #fyp #fypシ #fypage #fypguru #doktor #heartattack #raya #puasa #lemang

♬ original sound – Pakar Jantung Dr Rahim – Pakar Jantung Dr Rahim

Sumber: TikTok @pakarjantungdrrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×