Dapur

Resepi Kaswi Pandan Gedik Viral, Lembut & Kenyal Sangat!

1.7K
SHARES
RESEPI KASWI PANDAN GEDIK

Antara kuih yang sedang viral di media sosial sekarang adalah kaswi pandan kerana tekstur dan bentuknya agak berbeza dengan kaswi biasa. Kalau anda nak buat sendiri di rumah, ini resepi kaswi pandan gedik yang patut dicuba.

Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja dan hasilnya memang memukau. Confirm menjadi punyalah!

Baca juga: Roti Telur Spesial Guna 1 Bahan Rahsia, Tak Sangka Hasilnya Memang ‘Padu’!

RESEPI KASWI PANDAN GEDIK VIRAL, SEDAPNYA!

RESEPI KASWI PANDAN GEDIK

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu besar air kapur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan di atas. Kemudian, sapukan acuan dengan sedikit minyak.

2. Isi adunan sehingga penuh acuan dan kukus selama 15 minit.

3. Bila dah masak, biarkan kuih sehingga sejuk sebelum keluarkan daripada acuan.

4. Kukus kelapa parut untuk tahan lama dan tak mudah basi.

Sukatan di atas boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih. Nak meniaga pun boleh cuba resepi kaswi pandan gedik ini.

Memang sedap, rugi kalau tak cuba tau.

Baca juga: Resepi Mi Kicap Homemade Paling Simple, Buat Sendiri Lagi Puas Hati!

Sumber: Facebook Nor Aini Abd Rahman

Kredit foto: Kelas PJJ Sue Kitchen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×