Dapur

Resepi Mi Kicap Homemade Paling Simple, Buat Sendiri Lagi Puas Hati!

1.9K
SHARES
Resepi Mi Kicap

Mee kicap antara hidangan popular dan disukai ramai. Kalau sekali cuba, pasti anda tertanya-tanya resepi mi kicap kerana buat sendiri di rumah lebih puas hati dan sedap.

Sebenarnya, mudah sahaja untuk menyediakan mee kicap ini. Jom ikuti perkongsian lengkap resepi di bawah. Rugi kalau tak cuba!

Baca juga: Roti Telur Spesial Guna 1 Bahan Rahsia, Tak Sangka Hasilnya Memang ‘Padu’!

RESEPI MI KICAP HOMEMADE, LEBIH PUAS HATI KALAU BUAT SENDIRI

RESEPI MI KICAP

CARA PENYEDIAAN SUP:

1. Tumis bawang putih dan masukkan air.

2. Kemudian tambahkan fish ball. Perasakan garam dan gula.

CARA PENYEDIAAN KUAH KICAP:

1. Tumis bawang putih menggunakan minyak masak dan sedikit minyak bijan. Tumis hingga keperangan.

2. Kemudian, masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram, gula perang dan garam. Seimbangkan rasa, mana yang kurang boleh tambah mengikut cita rasa anda.

3. Masukkan tepung jagung yang dibancuh untuk pekatkan kuah. Kacau hingga mendidih.

CARA PENYEDIAAN PERAPAN AYAM:

1. Campurkan lada sulah, kicap pekat, kicap manis dan garam. Perap ayam selama 15 hingga 20 minit sebelum digoreng.

RESEPI MI KICAP

Cara penyediaan mi kicap:

1. Celur mi wantan atau mi kering sehingga masak.

2. Kemudian, gaulkan dengan kuah kicap yang disediakan tadi.

3. Goreng ayam dan potong.

Sedia untuk dihidangkan bersama sup panas.

Memang puas hati dan sedap. Selamat mencuba!

Baca juga: Jangan Kecewa Kalau Masakan Terlebih Masin, Masukkan Sahaja 8 Bahan Ini

Sumber: Facebook Qasih Jue Aisya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×