Dapur

Wah! Guna 1 Adunan Boleh Hasilkan 4 Jenis Biskut Raya Mesra Baby, Mommy Kena Cuba

27
SHARES
biskut raya baby

Tak lama lagi hari raya bakal tiba, pasti ibu-ibu sibuk membuat biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Dah alang-alang membakar cookies, apa salahnya kalau mommy buatkan biskut raya untuk si manja yang sudah mula makan makanan pejal.

Menariknya, resepi biskut raya baby yang dikongsikan oleh Siti Nursyahirah ini hanya menggunakan 3 bahan utama tetapi boleh hasilkan 4 jenis biskut raya. Wah! Tungga apa lagi, jom kita cuba.

Baca juga: Ini 10 Idea Biskut Raya Sedap, Berwarna-warni & Beraneka Corak , Confirm Sebalang Tak Cukup!

RESEPI BISKUT RAYA BABY GUNA 3 BAHAN UTAMA, SEDAPNYA

BISKUT RAYA BABY

Bahan-bahan basic:

  • 20 biji kurma (Kalau nak manis, boleh tambah lagi)
  • 1 buku unsalted butter
  • 2 cawan tepung gandum

Cara penyediaan: 

1. Buang biji kurma, kukuskan dan buang kulit. Kisar halus untuk dijadi puree kurma.

2. Pukul unsalted butter dengan puree kurma sampai kembang.

3. Masukkan tepung gandum. Uli sampai doh tak melekat di tangan.

4. Kemudian bahagikan adunan kepada 4 bahagian untuk jadikan 4 jenis biskut.

Anggaran: 600g/4 bahagian = 150g

BISKUT RAYA BABY

Untuk setiap 1 bahagian:

Biskut kurma: Tambahkan 2 sudu tepung jagung. Sesuai bayi usia 7 bulan ke atas.

Biskut Oat: Sama macam biskut kurma tapi oat salut di luar sahaja. Sesuai bayi usia 7 bulan ke atas.

Biskut cheese: Tambahkan 2 sudu tepung jagung dan serbuk cheese. Sesuai bayi usia 8 bulan ke atas.

BISKUT RAYA BABY

Biskut coklat: Tambahkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu unsweetened serbuk koko. Sesuai bayi usia satu tahun ke atas.

Bakar suhu 180 selama 25 minit atau bergantung kepada oven masing-masing.

Mesti anak suka dan boleh dijadikan jajan kalau beraya rumah sanak saudara. Selamat mencuba!

Baca juga: Mudahnya Resipi Semperit Susu 3 Bahan Ini, Memang Kena Cuba!

Sumber: Facebook Siti Nursyahirah Abd Wahab

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×