Apabila usia bayi memasuki 6 bulan, pasti ibu teruja ingin memberi makanan pejal untuk si manja. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa bayi yang mempunyai sejarah alergik dalam keluarga, masalah ekzema atau alahan makanan, mungkin perlu menunggu lebih lama sedikit sebelum menambah keju dalam makanan mereka.
Kebanyakan paediatrik menyarankan usia terbaik mula memperkenalkan keju adalah sekitar usia 8 bulan. Oleh itu, berikut merupakan perkongsian tips pilih keju untuk bayi anda. Jangan main bagi sahaja ya.
Baca juga: 5 Resipi Air Tanpa Gula Putih Sesuai Untuk Anak, Tentu Si Kecil Suka & Minum Berkali-Kali!
TIPS PILIH KEJU UNTUK BAYI, JANGAN SALAH BAGI YA
Antara keju popular yang ramai mama gunakan dalam menyediakan makanan si manja adalah cream cheese. Selain itu, keju jenis parmesan, cheddar dan mozarella juga boleh diberikan kepada bayi.
Buat pengetahuan ibu di luar sana, keju berproses atau keju keping seperti yang biasa orang dewasa makan, kurang sesuai untuk diberikan kepada bayi kerana mengandungi bahan kimia yang ditambah dalam proses pembuatannya.
Bahan kimia ini membantu keju tersebut tahan lebih lama di pasaran dan biasanya diadun dengan perisa tambahan agar lebih sedap.
Jadi, berikut merupakan cadangan pemilihan keju untuk si kecil anda:
7 bulan: Cream cheese
8 bulan: Cheese block
12 bulan: Cheese stick
Pilih keju yang natural dan rendah garam. Pastikan sodium per serving di bawah 200mg. jangan lebih daripada 300mg kerana buah pinggang bayi belum matang untuk memproses makanan tinggi garam atau gula.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ibu dapat menambah ilmu.
Baca juga: Lepas 3 Hari Bersalin Dah Minum Ais Coklat, Doktor Ini Kongsi Sebab Pilih ‘Pantang Moden’
Sumber: Facebook Nuya Cuma