Sihat

5 Perkara Mama Perlu Tahu Sebelum Perkenalkan Keju Untuk Bayi

802
SHARES
keju untuk bayi

“Wah, berselera sungguh tengok Noah makan. Kita pun jadi seronok nak bagi dia cuba macam-macam.”

Orang dewasa memang suka makan keju, apatah lagi di Malaysia ni. Hampir semua makanan yang ditambah keju menjadi laris dan viral.

Mana tidaknya, keju memberi rasa lemak dan tekstur kenyal yang cukup membuat semua teruja.

Walaupun sedap, tapi sesuaikah nak bagi keju untuk bayi?

Jom baca dulu 5 perkara penting yang perlu Mama tahu.

5 Perkara Mama Perlu Tahu Sebelum Perkenalkan Keju Untuk Bayi

Sebelum bagi bayi makan keju, ada beberapa perkara penting yang perlu Mama fahamkan.

1. Usia Sesuai Perkenalkan Keju Untuk Bayi

Apabila bayi dah biasa mengunyah makanan dan mampu menelan makanan dengan baik, biasanya mereka boleh mula makan makanan yang lembut seperti keju.

Namun, kebanyakan paediatrik menyarankan usia terbaik bagi Mama mula memperkenalkan keju untuk bayi adalah sekitar usia 8 bulan.

Bagi bayi yang mempunyai sejarah alergi dalam keluarga, masalah eczema atau alahan makanan sebelum ini mungkin perlu menunggu lebih lama sedikit sebelum memperkenalkan keju dalam makanan bayi.

Keju untuk bayi

2. Jenis Keju Yang Sesuai Untuk Bayi

Secara umumnya, keju yang selamat dimakan oleh bayi adalah daripada jenis yang telah dipasteur atau dikultur. Maklumat ini akan tertera pada label setiap keju yang dijual.

Cottage cheese yang diperbuat daripada susu penuh krim adalah antara yang sesuai untuk bayi disebabkan nutrisinya serta rasanya yang tidak terlalu tajam.

Cream cheese juga antara pilihan popular yang ramai Mama gunakan dalam menyediakan makanan bayi.

Selain itu, keju Parmesan, Cheddar dan Mozarella adalah antara keju yang mudah didapati di Malaysia dan boleh diberikan kepada bayi.

3. Jenis Keju Yang Tak Sesuai Untuk Bayi

Kebanyakan keju terhasil daripada susu lembu, iaitu antara makanan pencetus alergi yang paling tinggi di kalangan bayi.

Oleh itu, jenis keju lembut seperti Brie, Feta, Camembert, Roquefort dan Blue Cheese adalah antara keju yang biasanya diperbuat daripada susu yang tidak dipasteur (raw milk). 

Ini adalah bagi mengelakkan sebarang risiko bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan listeria yang merbahaya pada bayi.

Perlu diingat, keju berproses atau keju keping seperti yang biasa kita makan juga kurang sesuai untuk bayi kerana ia mengandungi bahan kimia yang ditambah dalam proses pembuatannya. Bahan kimia ini membantu keju tersebut tahan lebih lama di pasaran dan biasanya diadun dengan perisa tambahan agar lebih sedap.

Jadi, jangan lupa baca label dan carilah keju pada bahagian organik yang menggunakan bahan semulajadi.

Keju untuk bayi

4. Cara Terbaik Memperkenalkan Keju Dalam Makanan Bayi

Sama ada sebagai finger food atau dimasak, ada banyak cara untuk Mama memperkenalkan keju dalam menu makanan bayi.

Contoh cara memperkenalkan keju kepada bayi seperti:

  • Ditambah dalam puree pisang atau avokado
  • Digunakan dalam membuat biskut bayi
  • Dihidangkan bersama pasta

Seeloknya mulakan dalam kuantiti sedikit jika ini adalah kali pertama anda memberinya kepada bayi.

5. Tanda Alahan Yang Perlu Diperhatikan

Tanda alahan makanan yang biasa adalah seperti munculnya tompok kemerahan pada muka, lidah, mulut atau bahagian kulit yang lain.

Sesetengah bagi juga mungkin akan berasa tidak selesa dan menangis kerana mengalami masalah pernafasan, sakit perut, muntah atau cirit-birit.

Jika ini berlaku, cepat-cepat bawa anak berjumpa doktor untuk tindakan selanjutnya.

www.babycenter.com

Khasiat Keju Untuk Bayi

Keju adalah makanan yang sedap dan memiliki khasiat tertentu untuk bayi. Selain membekalkan sumber tenaga, keju juga mampu memberi lemak baik kepada bayi.

Selain susu, keju juga adalah sumber kalsium yang mendukung pertumbuhan tulang dan gigi. Sedap pun sedap!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×