40 Minggu

Elak Risiko Jangkitan Listeria, Ini Jenis Makanan Yang Ibu Hamil Tak Boleh Makan!

86
SHARES

Menjaga pemakanan dengan betul ketika hamil amatlah penting. Hal ini kerana, ibu hamil amatlah mudah untuk terdedah dengan jangkitan kuman seperti Listeriosis yang boleh ‘hadir’ melalui pemakanan seharian. Oleh itu, ibu hamil haruslah berjaga-jaga dalam pemilihan makanan kerana ada jenis-jenis makanan yang anda tidak boleh ambil walaupun anda sedang mengidam akan makanan tersebut. Ini adalah antara makanan yang telah disenaraikan oleh pakar.

Bagaimana boleh elakkan jangkitan ‘minatang’ Listeria ni ?

Semua ibu hamil perlu diberitahu bagaimana nak kurangkan risiko untuk mendapat jangkitan Listeriosis ketika mengandung. Ni jangan cakap abam tak payung, baca betul-betul.

1) Minum hanya susu yang dipasteur atau Susu UHT. Susu fresh diperah dari tetek kambing ke lembu ke rusa ke buaya ke tak digalakkan minum. Tak payah rasa bangga dapat minum susu ‘fresh’ panas-panas lepas perah tu, tanpa anda sedari sebenarnya terdedah kepada bakteria ini. Jaga-jaga.

2) Tak digalakkan makan soft cheese seperti Camembert, Brie, Blue-veined cheese. Tiada risiko listeriosis dengan memakan hard cheese seperti Cheddar, cottage cheese atau cheese yang sudah diproses. Baca bebetul. Soft cheese jer tak boleh makan, hard cheese makan tanpa rasa was was.

3) Tidak memakan pate ( sebarang jenis termasuk yang ada sayur ) – sejenis daging mentah.

4) Tak memakan makanan yang separuh masak, atau memanaskan semula makanan yang lama kalau boleh.

Untuk mengurangkan risiko dapat jangkitan Salmonella

1) Elakkan makan telur mentah, telur separuh masak atau apa apa makanan yang mengandungi telur mentah atau telur separuh masak.

2) Elakkan daging mentah, atau daging separa masak.

Takda istilah mengidam makanan-makanan yg saya cakap kat atas ni. Lepas beranak boleh la makan kalau nak. Tak payah beriya nak masuk Fear Factor masa mengandung dan try makanan pelik-pelik. Burppp.. Baru telan 2 biji telur kat bawah ni untuk brunch. Saya mengandungi lemak, so takdak hal makan telur separuh masak.

Sumber : Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×