Asuh

Jenis-Jenis Wet Tissue Anak Tak Sama Semuanya, Ini Bahan Kena Elakkan

2
SHARES
jenis-jenis wet tissue

Tisu basah antara barang keperluan bayi paling penting kerana ia memudahkan urusan ibu untuk menjamin kebersihan dan keselasaan si manja. Walaupun ia memudahkan dan menjimatkan masa namun, ibu bapa perlu tahu bahawa tidak semua jenis-jenis wet tissue selamat digunakan untuk anak.

Ini kerana kandungan di dalam wet tissue boleh meningkatkan risiko masalah kulit dan hormon tidak stabil. Jadi, pastikan ibu ayah elak enam bahan bahaya ini. Kesian anak…

Baca juga: Tips Hati Tenang, Ini 15 Cara Nak Ubah Derita Kepada Bahagia

JENIS-JENIS WET TISSUE ADA BANYAK, INI BAHAN KENA ELAK

jenis-jenis wet tissue

1. Pewangi tiruan, parfum, fragrance  

– Boleh mengganggu hormon anak seawal usia mereka satu hari.

2. Phenoxyethanol  

– Meningkatkan risiko masalah kulit contohnya ekzema, dan juga gangguan sistem saraf.

3. Sodium benzoate 

– Menyebabkan toksik pada organ tubuh anak.

4. Polysorbate 20 

Sangat toksik untuk kulit, darah, dan boleh sampai ke otak anak.

5. Paraben 

– Mengganggu hormon anak.

6. Propylene glycol 

– Menyebabkan alahan pada kulit.

jenis-jenis wet tissue

Kita jarang nampak kesan terus kimia toksik, selain masalah kulit. Masalah hormon, biasanya akan nampak apabila anak meningkat remaja.

Contoh paling mudah adalah haid tidak teratur. Bila pesakit remaja datang klinik, 50% akan ada masalah haid tidak teratur kerana puncanya adalah kimia toksik yang dah mengganggu hormon anak.

Jalan terbaik tak perlu guna langsung tisu basah. Bersihkan najis dan mulut anak guna air kan lebih baik. Bawa botol spray ke mana-mana. Lebih mudah dan bersih. Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Mazliana Mazlana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×