DIY & Kraf

DIY Tisu Basah Untuk Bayi Hanya Guna 6 Bahan, Senang & Jimat Poket!

468
SHARES
tisu basah baby

Penggunaan tisu basah dalam kalangan ibu bapa sudah menjadi perkara wajib. Bukan sahaja digunakan sebagai pencuci sementara untuk anak kecil, malah tisu basah juga boleh digunakan untuk membersih atau lap peralatan dalam rumah. Tetapi, tahukah anda bahawa sebenarnya anda boleh DIY sahaja tisu basah baby supaya dapat kurangkan kos pembelian anda.

Senang sahaja rupanya!

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK DIY TISU BASAH BABY

tisu basah baby

-1 gulung tisu dapur

– Bekas untuk letakkan tisu basah

tisu basah baby

-1 sudu besar minyak kelapa untuk merawat ruam

– 2 cawan air yang sudah dimasak, supaya tisu tak berkulat

tisu basah baby

-2 sudu besar cecair mandian bayi

-1 sudu besar minyak bayi

CARA-CARA

1.    Potong tisu jadi dapur jadi dua bahagian menggunakan pisau tajam supaya dapat potongan yang kemas.

2. Panaskan air dan masukkan minyak kelapa. Kacau sehingga sebati dan masukkan cecair mandian bayi dan juga minyak bayi. Kacau sehingga sebati.

tisu basah baby

3. Masukkan tisu yang dipotong tadi ke dalam bekas kemudian tuang cecair air ke atas tisu. Pastikan tisu basah secara rata.

4. Tutup bekas dan biarkan seketika.

5. Buka bekas mengandungi tisu basah kemudian keluarkan kertas keras di bahagian tengah tisu. Dah siap boleh digunakan!

VIDEO PENUH

Sumber : Do It On A Dime

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×