Sihat

Jangan Biarkan Kalau Darah Haid Keluar Sedikit, Anda Mungkin Ada Masalah Kesihatan!

23
SHARES
haid keluar sedikit

Lumrah seorang wanita pasti akan didatangi haid setiap bulan namun, ada juga segelintir wanita mengalami masalah tidak datang berbulan-bulan dan haid keluar sedikit berbanding biasa.

Bahasa sainsnya masalah ini dipanggil hipomenorea. Secara normal, seorang wanita akan menghasilkan 30 militer hingga 50 mililiter darah haid.

Tapi apa punca haid keluar sedikit? Ikuti kupasan kami dengan lebih lanjut.

Baca juga: Ramai Keliru Antara PCOS, Cyst & Fibroid, Perempuan Wajib Tahu Penyakit Berkaitan Ovari Ini!

PUNCA HAID KELUAR SEDIKIT, JAGA-JAGA!

haid keluar sedikit

1. BERAT BADAN MENURUN ATAU MENINGKAT

Jika berat badan meningkat dan menurun secara tiba-tiba, ini mungkin akan menyebabkan perubahan kitaran haid anda. Jika berat badan menurun, kehilangan lemak boleh menyebabkan kitaran ovulasi terhenti.

2. STRES

Tekanan emosi akibat kehilangan orang tersayang, tekanan hidup terutamanya kerja dan masalah di rumah boleh menjejaskan kitaran haid sehingga menyebabkan darah period keluar sedikit berbanding biasa.

3. BIRTH CONTROL 

Ini merupakan antara sebab utama haid datang sedikit. Perkara ini biasa terjadi sekiranya anda mengambil pil perancang, IUD atau implan kerana mengandungi estrogen yang rendah, sehingga mengurangkan pertumbuhan endometrium.

4. PCOS 

PCOS adalah keadaan di mana ovari menghasilkan sejumlah besar androgen yang luar biasa, iaitu hormon seks lelaki. Sesetengah wanita yang mengalami PCOS akan mempunyai kantung kecil berisi cecair atau sista, yang terbentuk di dalam ovari.

Perubahan hormon ini menyebabkan wanita datang bulan secara normal. Simptom PCOS adalah haid tidak teratur. Kadang kala PCOS juga menyebabkan darah keluar terlalu banyak.

haid keluar sedikit

5. MENOPAUS

Semakin meningkat usia, hormon juga akan berubah-ubah hingga menyebabkan haid keluar sedikit. Ini mungkin anda sedang dalam fasa pra-menopaus.

Jangan risau, perkara ini bukan bermakna anda sudah tidak lagi subur tetapi kebarangkalian untuk hamil sedikit rendah.

6. MASALAH PEMAKANAN

Sama seperti stres yang melampau, masalah pemakanan memberi kesan kepada kitaran haid. Menurut Dr Miller, rembesan hormon yang membawa kepada pengeluaran estrogen dan pengeluaran hormon yang merangsang ovulasi serta progesteron terganggu.

7. HAMIL 

Ketika hamil, kadang kala ada beberapa tompok darah yang dianggap haid tetapi sebenarnya mungkin pendarahan implantasi.

Ini boleh berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada lapisan rahim dan biasanya berlaku selama dua hari atau kurang.

Dapatkan rawatan doktor sekiranya:

  • Terlepas tiga kali haid berturut-turut dan tidak hamil
  • Mengalami haid tidak teratur
  • Mengalami pendarahan ketika haid
  • Rasa sakit semasa haid

Sumber: Very Well Health & Prevention

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×