40 Minggu

“Doktor, Umur Saya Dah 43 Tahun Masih Boleh Hamil Ke? Tiba-Tiba Terhamil Pulak…”

767
SHARES
tanda hamil

Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang berusaha untuk hamil sebelum tibanya waktu menopause. Ada juga yang masih tertanya-tanya sama ada boleh atau tidak bagi wanita yang berumur 40 tahun ke atas untuk ada tanda hamil dan adakah semua wanita akan mengalami menopause apabila usia mencecah 50 tahun.

Berikut merupakan penjelasan dari Dr. Imelda Balchin mengenai isu kehamilan dan postmenopause dalam kalangan wanita.

Baca juga: 7 Benda Seram Bila Anda Alami Simptom PCOS & Haid Tak Teratur. Wanita Kena Alert!

“UMUR 43 TAHUN MASIH BOLEH ADA TANDA HAMIL KE?”

tanda hamil

Patient kata:

“Doktor, saya dah 43 tahun, ingat ke saya tak boleh hamil lagi, tiba-tiba terhamil pulak.”

Saya jawab:

Eh, kenapa tak boleh hamil umur 43 tahun? Selagi masih ada haid, selagi itu masih boleh hamil. Janganlah terkejut kalau tak pakai kaedah merancang keluarga yang berkesan dan anda hamil. Saya umur 50 tahun pun masih guna contraception untuk merancang keluarga. Jika tak bersedia untuk kehamilan, dan takmau terkejut-terkejut, gunakanlah kaedah yang berkesan untuk merancang keluarga sampai lah postmenopos.

Patient tanya:

“Eh, doktor dah umur 50 pun tak menopos lagi?”

Saya jawab:

Setiap wanita usia menopos berlainan tetapi usia yang normal untuk menopos ialah di antara umur 45 dan umur 55 tahun. Saya tengah perimenopos. Maknanya saya dah dekat nak menopos tetapi belum lagi menopos, dan saya kena tunggu sampai postmenopos baru boleh dengan yakin berhenti menggunakan contraception.

Patient tanya lagi:

“Postmenopos tu apa doktor?”

Saya pun jawab lagi:

Kalau untuk wanita macam saya yang dah 50 tahun ni, postmenopos ialah kena tunggu sampai 12 bulan selepas haid berhenti sendiri.

TUNGGU HAID BERHENTI 12 BULAN BARU BERHENTI MERANCANG KELUARGA

tanda hamil

Sebabnya ialah pada permulaan sekitar nak dekat menopos tu, kadang-kadang haid tak regular dulu, mungkin masih boleh tiba-tiba dapat ovulation dan haid selepas beberapa bulan haid berhenti. Sebab tu kena tunggu sampai haid dah betul-betul berhenti 12 bulan tiada haid baru boleh berhenti merancang keluarga, baru lah tak terkejut-terkejut. Inilah postmenopos. Menopos maknanya haid yang terakhir. Kita tak boleh yakin dah monopos sehingga dah postmenopos, baru lah kita tahu itulah waktu haid yang terakhir.

Tetapi kalau haid berhenti sendiri di antara umur 45 tahun dan umur 50 tahun, kena tunggu 24 bulan tiada haid, baru boleh kata postmenopos. Kalau tak pasti, sila jumpa doktor Gynae untuk buat ujian darah.

Kalau haid berhenti sendiri di antara umur 40 tahun dan umur 45 tahun, sila jumpa doktor gynae untuk menyiasat kenapa tiada haid. Sebab mungkin ada masalah perubatan yang lain yang mengganggu hormon dan mungkin bukan early menopos.
Kalau haid berhenti sendiri di bawah umur 40 tahun, sila jumpa doktor gynae untuk menyiasat kenapa tiada haid. Sebab mungkin ada masalah perubatan yang lain yang mengganggu hormon dan mungkin bukan premature menopos.

tanda hamil

Hanya 3% wanita yang dapat premature menopos sebelum usia 40 tahun, sebab itulah kena siasat dulu jika ada masalah lain yang menyebabkan haid tidak datang.

Kalau tiada haid sebab anda ambil pil perancang berhormon, suntikan hormon depo provera, Mirena Intrauterine System atau susuk implan berhormon, itu normal naaaaa dan tak payah bimbang laaaa. Hormon itu menipiskan dinding rahim dan boleh merehatkan ovari supaya tiada haid. Takdak darah beku berkumpul kat dalam rahim tau. OK?

Patient kata OK  faham, faham. Alhamdulillah. Boleh balik awal sikit bila patient kita dah dapat banyak ilmu pengetahuan kesihatan dan pandai menjaga kesihatan. Nasib baik saya tak termengandung kaannn. Nanti patients pengsan, Pak Mart pun pengsan.

Sumber: Dr. Imelda Balchin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×