40 Minggu

9 Makanan Mommy Boleh Ambil Untuk Tambah Berat Janin Dalam Kandungan, Baru Baby Sihat!

31
SHARES
tambah berat bayi

Menjaga bayi dalam kandungan dari trimester 1 hingga trimester 3 bukanlah perkara yang mudah. Tambah pula kalau secara tiba-tiba ada masalah dengan berat bayi, macam mana pula nak tambah berat bayi dalam kandungan tersebut? Kasihan pula kalau bayi dilahirkan kurus sahaja bukan?

Jadi, buat mommy mommy semua, berikut merupakan antara 9 makanan sebagai sumber penambah berat bagi bayi dalam kandungan. Ini akan menjadikan berat badan bayi berada di paras yang sihat dan kuat sepanjang kehamilan.

Baca juga: Janin Tidak Berkembang Dengan Normal Semasa Kehamilan, 5 Punca Ini Ibu Kena Alert!

9 MAKANAN UNTUK TAMBAH BERAT BAYI DALAM KANDUNGAN

tambah berat bayi

1.Makan sayur hijau

Pengambilan sayur hijau seperti bayam, kangkung, brokolo dan asparagus merupakan sumber khasiat yang cukup baik untuk ibu hamil. Berdasarkan jurnal Physiology of Folic Acid in Health and Disease, asid folic yang terdapat dalam sayuran ini dapat menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin.

2.Salmon

Membekalkan sumber Omega-3 yang tinggi, pengambilan ikan salmon dalam diet seharian si ibu yang hamil boleh memberi perkembangan positif kepada bayi dalam kandungan. Kandungan lemak yang ada dalam ikan salmon boleh memberikan pertumbuhan janin yang sihat seperti mata dan otak.

3.Keju

Makan banyak keju sebenarnya merupakan cara lain untuk menjadikan perkembangan bayi semakin sihat. Namun, pastikan anda ambil jenis keju yang rendah lemak supaya dapat meresap kandungan zat besi secukupnya. Boleh masukkan kandungan keju ini ke dalam makanan seperti pasta, roti atau salad. Tapi, kalau ibu tersebut menghidap darah tinggi, kalau boleh elakkan pengambilan keju ya.

4.Daging ayam

Sumber protein yang tinggi dari daging ayam dapat menjadikan berat badan janin dalam kandungan menjadi sihat. Menurut
Journal of Health, Population, and Nutrition, daging ayam dapat membekalkan sumber protein yang secukupnya supaya janin dapat menghubungkan sel-sel yang diperlukan supaya dapat berat badan yang ideal.

5.Minum susu

Sudah pasti, selain keju, susu merupakan sumber khasiat yang bagus bagi ibu hamil serta janin dalam kandungan. Minum susu dalam 200-500ml sehari dapat membantu ibu hamil membekalkan khasiat secukupnya supaya janin mempunyai berat badan yang ideal.

6.Ubi Keledek/ Sweet Potato

Ubi keledek atau sweet potato merupakan pembekal serat, vitamin c dan antioksidan yang penting untuk ibu hamil serta bayi dalam kandungan. Bukan sahaja meningkatkan kandungan zat besi dalam badan, malah sweet potato ini sangat enak dimakan apabila dikukus dan dipanggang.

7.Yogurt

Kandungan kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil bagi menjamin kesihatan bayi dalam kandungan adalah sebanyak 1000mg sehari. Jadi, kalau dan bosan dengan pengambilan supplemen, anda boleh jadikan yogurt sebagai langkah kedua. Mempunyai kandungan kalsium, Vitamin B dan protein yang tinggi dapat membekalkan khasiat buat janin.

8.Telur

Jika ibu sedang mencari makanan yang mudah sebagai langkah untuk menaikkan berat badan janin dalam kandungan, telur merupakan solusinya. Telur memiliki sumber protein serta vitamin A & D dan zat besi yang tinggi. Jadi, selain merupakan cara cepat untuk menaikkan berat badan janin, ia juga dapat menjaga selaput ketuban supaya lebih kuat.

9.Kacang

Tidak kira apa jua jenis, kacang merupakan antara makanan yang mudah untuk menambah berat badan janin. Kaya dengan protein dan zat besi, pengambilan kacang juga dapat menjadikan kulit bayi menjadi sihat. Bukan itu sahaja, mengambil kacang dalam diet seharian ibu hamil akan mengelakkan juga kelahiran pra-matang.

tambah berat bayi

*Semua makanan yang disenaraikan ini sedap-sedap belaka. Jadi jangan sampai terlebih makan dan menyebabkan berat badan bayi dalam kandungan bertambah berlebihan. Susah pula nak bersalin nanti ya!

Sumber: Parenting.Miniklub

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×