40 Minggu

Jangan Tersalah Teknik Berurut Ketika Mengandung Kerana Boleh Undang 5 Risiko Bahaya Ini!

18
SHARES
berurut ketika mengandung

“Boleh ke aku pergi berurut ketika mengandung ni? Ada cakap boleh gugur kandungan!”

Mungkin ada dalam kalangan ibu yang sudah memikirkan untuk mengambil servis urutan sepanjang kehamilan. Mana tidaknya asyik lenguh kaki dan badan sahaja kan? Namun, ada yang tertanya-tanya boleh atau tidak ibu hamil pergi berurut atau hanya bahagian tertentu sahaja boleh diurut?

Jangan risau, menurut pakar Obstetrics dan Gynecology, Shivani Patel, tidak ada masalah untuk ibu hamil pergi berurut namun penjagaan yang rapi perlu dilakukan serta bukan semua tempat di badan boleh diurut kerana ada risiko! Ini termasuklah pemilihan servis urut yang bertauliah dan bukan hanya serkap jarang sahaja!

Baca juga: Ibu Hamil Boleh Mengurut Ikut Cara Ini, TAPI Ada Bahagian Badan Yang Tak Boleh Diurut!

BERURUT KETIKA MENGANDUNG KALAU SALAH TEMPAT BOLEH UNDANG 5 RISIKO

berurut ketika mengandung

Antara risiko yang boleh berlaku jika anda terlampau banyak berurut atau urut di tempat yang salah:

1.Uri tercabut atau ‘Placenta Abruption’

Uri tercabut atau “placenta abruption’ ialah satu keadaan kecemasan apabila uri terlepas dari lekatan pada dinding rahim. Ini yang menyebabkan perdarahan di belakang rahim dan di dalam uterus. Bukan itu sahaja, kalau tersalah langkah, ia boleh menyebabkan komplikasi serius pada ibu dan bayi yang boleh membawa kepada kematian.

2.Risiko kelahiran pramatang

Kelahiran pramatang berlaku apabila tubuh anda mula bersedia untuk melahirkan bayi tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin anda. Kehamilan cukup bulan sepatutnya berlangsung sehingga 40 minggu usia kehamilan. Jadi, urutan tertentu yang salah langkah ketika hamil ini boleh menjadi risiko kepada situasi yang paling ingin dielakkan oleh si ibu.

3. Bayi lemas/Fetal distress

Jika air ketuban berwarna kehijauan seperti air tebu, ia menandakan bayi sudah ‘mengeluarkan najis dalam kandungan’ atau mengeluarkan ‘meconium’ iaitu hasil pertama kumuhan usus bayi berkenaan.

Ia adalah petanda bahawa bayi dalam keadaan tertekan atau ‘distress’ dan semakin pekat ‘meconium’ semakin bertambah risiko bayi berkenaan mendapat masalah pernafasan terutama akibat sindrom aspirasi meconium. Bayi dalam kandungan ibu boleh merasakan jantungnya bergerak lebih laju dan mengakibatkan keadaan ‘fetal distress’ atau tanda-tanda bayi lemas di dalam kandungan.

4.Risiko keguguran

Salah satu risiko paling serius akibat urutan semasa kehamilan yang salah adalah boleh mengakibatkan keguguran. Ini boleh menyebabkan placenta terlepas dari kawasan dinding rahim sebelum waktunya. Inilah yang menyebabkan keguguran berlaku apabila terlampau banyak tekanan diletakkan pada perut ibu hamil.

5.Risiko terbelit tali pusat

Selain urutan ini boleh menyebabkan bayi dalam kandungan lemas akibat air ketuban, masalah risiko terbelit tali pusat juga mungkin berlaku. Hal ini kerana pusingan atau gerakan dari urutan tersebut boleh menyebabkan posisi placenta lari dan tali pusat tersebut berpusing-pusing. Anda kena tahu juga bahawa terbelit tali pusat ini juga boleh menyebabkan bayi dan ibu kekurangan oksigen dan boleh mengancam nyawa!

berurut ketika mengandung

*Untuk tujuan keselamatan jika tetap ingin berurut, pakar urut kehamilan mengelakkan urutan dalam dan tekanan kuat pada kaki. Menggunakan tekanan yang kuat boleh mengeluarkan bekuan darah. Sebaliknya, mereka menggunakan pukulan yang sangat ringan dan perlahan pada kaki.

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×