40 Minggu

Ibu Hamil Boleh Mengurut Ikut Cara Ini, TAPI Ada Bahagian Badan Yang Tak Boleh Diurut!

2
SHARES
ibu hamil boleh mengurut

Menantikan tiba masanya proses bersalin nanti, ibu hamil sudah semestinya perlu menjaga terlebih dahulu kandungan selama 9 bulan. Jadi, ada yang menjaga dari segi pemakanan yang sihat dan ada juga yang menggunakan khidmat mengurut atau spa bagi menghilangkan stres serta katanya memberi kebaikan kepada kandungan. Tetapi, bila sembang dengan rakan-rakan, ada yang tertanya ibu hamil boleh mengurut ke?

Jangan risau, menurut pakar Obstetrics dan Gynecology, Shivani Patel, tidak ada masalah untuk ibu hamil pergi berurut namun penjagaan yang rapi perlu dilakukan. Ini termasuklah pemilihan servis urut yang bertauliah dan bukan hanya serkap jarang sahaja!

Baca juga: Naikkan Kedudukan Punggung Masa Bersama Baru Cepat Lekat Anak, Ini Apa Doktor Kata

IBU HAMIL BOLEH MENGURUT KE TIDAK?

ibu hamil boleh mengurut

1. Pastikan guna khidmat tukang urut yang bertauliah

Seperti yang kita tahu, banyak servis urut yang ditawarkan kepada orang ramai khususnya buat wanita hamil. Namun, perlu diingatkan bahawa anda perlu memastikan servis urutan yang dipilih adalah dari kalangan yang bertauliah. Urutan antenatal ini memerlukan kepakaran dan latihan khusus sebelum boleh mengurut ibu hamil.

Oleh itu, lakukan sedikit kajian dahulu serta dapatkan saranan daripada doktor bagi mendapatkan rawatan terbaik dan selamat untuk ibu mengandung dan kandungan.

2.Usia kandungan hamil baru 12 minggu, elak sebarang jenis urutan

Menurut pakar, anda perlu elak sebarang jenis urutan ketika usia kandungan 12 minggu dan ke bawah. Hal ini kerana, ia tidak memberikan sebarang manfaat kepada ibu mengandung serta dikhuatiri menyebabkan keguguran pula.

3. Urutan jangan terlampau kuat

Anda patut tahu bahawa urutan satu badan dengan urutan antenatal mempunyai perbezaan yang ketara. Dari cara urutan dan posisi yang ditetapkan untuk diurut haruslah diteliti terlebih dahulu. Proses urutan secara berhati-hati dan tidak terlampau kuat diterapkan supaya ibu hamil mendapat kebaikan secara menyeluruh. Pakar urut juga perlu elakkan beberapa bahagian yang merangsang pengecutan rahim seperti di bahagian abdomen, pergelangan kaki serta tangan.

4. Ibu hamil dalam kategori berisiko jangan mengurut

Ibu hamil yang mempunyai penyakit darah tinggi, pre-eclampsia, diabetes dan menghadapi kelahiran pramatang perlu mengelakkan diri dari diurut. Hal ini kerana, tidak semua ibu mengandung mempunyai kondisi kesihatan dan fisiologi yang sama.

Jika badan rasa tidak selesa, cukuplah sekadar mengurut bahagian kaki atau bahagian kepala secara sederhana.

5. Guna jenis minyak urut yang sesuai

Perasan tak kalau anda ke pusat mengurut yang diiktiraf atau spa, mereka akan menawarkan pakej urut yang diiktiraf dan menggunakan minyak aromaterapi semasa proses mengurut. Namun, ada juga beberapa jenis kandungan minyak yang perlu dielakkan  kerana risiko pengecutan rahim seperti minyak oregano, pudina, basil dan rosemary. Minta pakar urut untuk gunakan minyak yang tidak berbau untuk urutan yang selamat.

6. Jangan Berurut Dalam Posisi Meniarap

Kebiasaanya, pusat urut akan menyediakan katil baring yang berlubang di bahagian wajah untuk ibu mengandung meniarap tetapi posisi ini dikatakan tidak sesuai kerana dapat mewujudkan tekanan pada bahagian abdomen dan tidak dapat memberikan keselesaan.

Posisi terbaik bagi urutan ibu hamil adalah secara mengiring kerana tekanan terhadap badan adalah kurang dan juga mudah.

KALAU BOLEH URUT, BAHAGIAN MANA YANG BOLEH DIURUT?

ibu hamil boleh mengurut

1.Perut

Apabila perut dah membesar, mungkin ini antara kawasan yang anda anggap kalau diurut boleh menyebabkan kecederaan kepada diri atau bayi dalam kandungan. Jangan risau, kalau anda ingin melakukan gosokan lembut dengan menggunakan krim pada bahagian yang kering atau ada regangan, tiada masalah.

2.Kaki

Bukan sahaja pada perut, ramai juga yang tertanya-tanya sama ada urutan pada kaki ibu hamil dibenarkan atau tidak? Jangan risau, gosokkan atau usapan lembut pada bahagian kaki dan tapak kaki tidak membawa sebarang masalah kepada kandungan. Namun, janganlah dipicit terlalu kuat sampai memberi tekanan pada tisu yang dalam.

Hal ini kerana, jumlah aliran darah meningkat semasa hamil dan jika urutan yang dilakukan terlampau kuat, ia akan menyebabkan risiko pembekuan darah.

3.Titik tekanan

Titik tekanan yang dimaksudkan khususnya dalam urutan refleksologi adalah pergelangan tangan, buku lali dan kawasan antara jari. Ini merupakan antara bahagian badan yang dikatakan boleh menyebabkan kontraksi namun sehingga ke hari ini masih tiada bukti yang menyatakan bahawa urutan di bahagian tersebut boleh mengundang masalah.

*Jadi, untuk ibu hamil semua yang dah book sesi mengurut dekat spa tu, boleh teruskan sahaja. Lepas dah bersalin dah tak ada masa untuk me-time…

Sumber: UT Southwestern Medical Centre

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×