40 Minggu

Wah! Dari A-Z Tolong Buat…Ini Senarai Pakej Berpantang Lepas Bersalin Paling Best 2023!

23
SHARES
pakej berpantang 2023

“Tak lama lagi nak bersalin, nak cari siap-siap lah pakej berpantang 2023 yang best dan berpatutan…”

Bagi ibu yang bakal melahirkan cahaya mata, anda perlu melalui proses berpantang pula supaya kesihatan kembali terjamin dan luka bersalin sembut dengan baik. Mungkin ada yang pulang ke kampung halaman dan menggunakan khidmat ibu sendiri untuk menjaga semasa berpantang, ada juga yang memerlukan servis eksklusif bagi menjaga diri mereka.

Penggunaan servis confinement lady sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan ibu pada zaman sekarang. Bukan itu sahaja, dengan menggunakan servis ini, segala proses berpantang menjadi mudah, teratur dan tidak perlu risau akan perkara yang tak sempat dibuat di rumah. Oleh itu, buat anda yang tercari-cari, berikut merupakan angara 6 confinement centre atau pakej berpantang yang boleh dicuba.

Baca juga: Elak 6 Makanan Ini Yang Jadi Punca Angin Satu Badan Ketika Berpantang, Tak Nak Jadi Belon!

SENARAI PAKEJ BERPANTANG 2023 UNTUK MOMMY SEMUA, NAK PILIH YANG MANA?

1.LAVENDER CONFINEMENT CARE
pakej berpantang 2023

Pakej berpantang yang ditawarkan di Lavender Confinement Care turut mendapat perhatian ramai. Mempunyai servis berpantang dari rumah dan di hotel, mereka juga menyediakan servis menjaga wanita berpantang di luar negara.

Untuk pakej luar negara bermula dari harga RM4,500- RM13,900 mengikut hari (harga tidak termasuk tiket penerbangan, visa, bagasi, ujian saringan COVID-19 dan insurans). Pakej berpantang di hotel pula bermula dari RM7,200- RM 27,900 di Hotel Westin, Kuala Lumpur bersama kelengkapan yang lengkap bagi ibu dan bayi. Bagi pakej di rumah pula bermula dari harga yang berpatutan iaitu RM1,700 – RM7,900 dan semua kerja surirumah seharian akan dilakukan oleh penjaga.

2.ANGGUN SPA CENTRE

pakej berpantang 2023

Pakej berpantang Anggun Spa Centre juga menawarkan servis daily visit di mana penjaga akan datang setiap hari untuk menjenguk ibu yang berpantang. Jadi, harganya akan menjadi lebih murah dan sangat berpatutan bagi orang yang memerlukannya. Pakej ini termasuk masakan pantang dan beberapa servis tambahan lain. Selepas selesai semua servis rawatan, CL akan menjaga bayi semasa ibu makan dan berehat

Pakej Stay-In juga menumpukan kepada servis lengkap ibu dan juga servis bayi. Pakej ini termasuk masakan pantang dan beberapa servis tambahan lain. CL akan bersama ibu berpantang selama tempoh rawatan.Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan pakej keguguran

3.LYC MOTHER AND CHILD CARE

pakej berpantang 2023

LYC Mother and Child Care mendapat pengiktirafan pusat berpantang terbaik di Malaysia dengan menawarkan pelbagai servis khusus untuk para ibu. Dari pakej berpantang sehinggalah ke proses pembelajaran teknik menyusu dengan betul, semuanya akan dikendalikan oleh confinement lady yang berpengalaman. Siap ada servis cantikkan kulit selepas bersalin juga!

4. SURAYA MOTHERCARE

pakej berpantang 2023

Sama juga seperti beberapa servis berpantang yang lain, Suraya Mothercare turut menyediakan servis berpantang di luar negara. Ini juga termasuk promosi mesra rakyat yang diadakan bermula dari RM 350 untuk 3 hari bagi menjaga kesihatan ibu bersalin. Boleh cuba!

5.MAMACARE

pakej berpantang 2023

Mamacare menawarkan lebih 12 pakej berpantang yang mungkin menjadi pilihan anda. Berbeza harga dan juga servis, anda boleh pilih servis yang kena dengan bajet sambil mengambil berat isu kesihatan badan selepas bersalin juga. Boleh tekan sahaja link ke website kerana memang banyak pilihan!

6.NATALIS MOTHERCARE

pakej berpantang 2023

Mungkin namanya tidak asing lagi dalam menjadi pusat penjagaan pantang pilihan, Natalis Mothercare turut menyediakan pelbagai pakej berpantang dari harga yang berpatutan sehingga ke tahap eksklusif. Bukan itu sahaja, katanya boleh dapat voucher berjumlah RM100- RM1000!

*Mommy mommy semua nak pilih yang mana satu? Pastikan bajet harga bincang dengan si suami dahulu untuk elakkan terlebih kos!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×