40 Minggu

Haid Tak Teratur & Sukar Hamil? Anda Mungkin Mengalami Masalah PCOS!

9
SHARES

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) merupakan masalah yang boleh mengganggu kesuburan, penampilan dan hormon seorang wanita. Wanita yang mempunyai PCOS mempunyai banyak sista di dalam ovari mereka dan menyebabkan mereka sukar untuk hamil.

Sista-sista ini dipenuhi dengan cecair dan telur yang belum matang. Jika anda mempunyai keadaan ini, ovari akan membesar. PCOS boleh menyebabkan masalah kitaran haid, kesuburan, fungsi jantung dan paras rupa.

Baca juga: Nak Senang Pregnant Kena Angkat Kaki Lepas ‘Bersama’ Suami? Ini Penjelasan Doktor…

HAID TAK TERATUR & SUKAR HAMIL? ANDA MUNGKIN MENGALAMI MASALAH PCOS

Anda mungkin akan mengalami haid yang berlebihan dan bulu roma yang banyak. Ini kerana kecelaruan yang berlaku menyebabkan badan anda menghasilkan hormon lelaki lebih berbanding hormon wanita.

Antara simptom yang paling biasa dijumpai pada penyakit ini adalah:

– Jerawat

– Berat badan bertambah dan susah untuk turun

– Bulu roma yang banyak di muka, perut, dada dan belakang badan

– Suara parau

– Rambut kepala menipis

– Kitaran haid tidak menentu

– Ketidaksuburan

– Kemurungan

– Ketidak seimbangan hormon dalam PCOS akan menjurus kepada masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis jenis 2 dan masalah kardiovaskular.

PUNCA HAID TERLALU BANYAK

DIANOGSIS & RAWATAN

Tiada ujian yang boleh meramal polycystic ovary sindrom. Kebanyakan kes didiagnosis apabila wanita datang untuk bertanya masalah yang berlaku.

Doktor akan bertanya tentang simptom yang dialami dan sejarah keluarga yang berkaitan keadaan kesihatan atau jika anda menjalani sebarang rawatan.

Untuk mendapat kepastian diagnosis, doktor akan menjalankan beberapa ujian seperti:

– Ujian darah: menyukat paras hormon secara umum

– Ujian thyroid: memeriksa tahap aktiviti hormon thyroid

– Ujian glucose: menunjukkan ketahanan insulin

– Ujian paras lipid: PCOS akan menjadikan tahap kolestrol dan triglycerides tidak normal

– Ujian pengimejan (CT-skan, ultrasonografi) mungkin diperlukan untuk memeriksa saiz ovari anda.

Jika doktor mengesyaki sebarang ketumbuhan, laparoskopi pelvik akan menunjukkan keadaan ketumbuhan tersebut.

Sumber: Hello Doktor & Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×