40 Minggu

Nak Senang Pregnant Kena Angkat Kaki Lepas ‘Bersama’ Suami? Ini Penjelasan Doktor…

29
SHARES

Umum mengetahui, kehadiran zuriat sememang momen paling dinanti-nantikan selepas menjalani kehidupan sebagai suami isteri namun tidak semua orang mendapat rezeki untuk dikurniakan zuriat seawal perkahwinan.

Buat golongan wanita TTC pasti pelbagai langkah dan juga petua digunakan antaranya mengangkat kaki selepas ‘bersama’ suami kerana ada segelintir individu yang percaya dengan posisi begitu boleh meningkatkan peluang hamil kerana air mani dikatakan tidak keluar semula dari faraj isteri.

Baca juga: Berapa Lama ‘Gap’ Untuk Hamil Lagi? Ini Jawapan Pakar

NAK SENANG PREGNANT KENA ANGKAT KAKI LEPAS BERSAMA SUAMI?

Tampil seorang doktor memberi penjelasan sebenar dan menurut Dr Irma Izzati, kuantiti air mani bukanlah faktor utama untuk meningkatkan peluang hamil tetapi bergantung kepada keadaan sperma si suami sama ada sihat atau sebaliknya.

Tambahnya lagi, para suami dinasihati untuk membuat ujian sperma di klinik atau hospital untuk mengetahui keadaan sperma sihat atau tidak. Dr Irma juga berkata jumlah air mani tidak menjamin apa-apa kerana ada juga air mani yang tidak mempunyai sperma.

“Bilangan sperma yang dihasilkan dalam air mani adalah 5-10% sahaja. Jadi, berapa banyak air mani yang ada tidak mengambarkan berapa banyak sperma yang ada,” jelasnya.

@drirmaizzati

letak bantal, angkat kaki lepas bersama baru senang lekat? kalau air mani terkeluar kurang sperma yang masuk? FAKTA KE MITOS? #learnontiktok #tiktokdoc #tiktokdoctor #tiktokguru

♬ original sound – Dr. Irma Izzati Abd Malek – dr irma

Hanya 10 minit sahaja cukup untuk mengangkat kaki selepas bersama kerana akan memudaratkan jika membiarkan faraj terlalu lama tanpa dicuci. Perkongsian tersebut untuk menjelaskan perkara sebenar dan Dr Irma memohon maaf andai terkasar bahasa serta terguris hati.

Sumber: TikTok Dr Irma Izzati

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×