Sihat

5 Jenis Tisu Basah Anti-Bakterial Di Pasaran Yang Wajib Ada Dalam Bag Anda!

20
SHARES

Sejak melandanya wabak Covid-19 secara khususnya di dalam negara kita, penggunaan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) dan tisu basah anti-bakterial menjadi kewajipan apabila keluar rumah. Dengan slogan #KitaJagaKita, penggunaan bahan anti-virus ini menjadi norma baharu bagi mencegah penularan virus merbahaya.

Oleh itu, terdapat beberapa jenis tisu basah yang bagus di pasaran bagi memastikan tangan dan kawasan sekitar sentiasa bersih. Di sini terdapat perkongsian jenis tisu basah yang berbeza saiz yang anda boleh cuba di pasaran.

ANTARA 5 JENIS TISU BASAH YANG BAGUS DI PASARAN

Tisu Basah….sejak Covid19 melanda, banyak jenis tisu basah yang dicuba. Ada yang tebal, ada yang wangi, ada yang kuat, ada gak yang biasa-biasa. Jadi hari ni nak kongsi supaya senang nak pilih yang mana sesuai untuk kegunaan korang. Oh ya, kalau ada jenama lain yang bagus dan berkesan, boleh kongsikan bersama dan moga bermanfaat!

1. VINDA DELUXE WET KITCHEN TOWEL

Ya gais, sesuai namanya, kualiti tisu Vinda ni sangat deluxe ok. Saiz nya paling besar antara tisu yang saya pernah pakai. Ketebalan pulang, dia juara! Tanpa alkohol. Baunya pulak ada bau lemon seperti yang di claim.

Tisu ni sesuai untuk lap tempat berminyak. Sesuai untuk hood dapur dan tempat masak. Katanya ada Knitted Fiber Technology , jadi sangat kuat dan teguh. Lepas lap, saya cuci semula pakai lagi. Keberkesanan mengelap minyak lepas tu berkuranglah. Cumanya nak bagitau dia sangat teguh seperti yang dipromosi. Lepas cuci, masih boleh pakai semula.

Harga : Kalau kat Shopee Vinda Official Store, harga RM16.90 /2 bungkus, jadinya RM 8.45 / 40 helai

2.MAX KLEEN ANTI-BACTERIAL MULTI SURFACE WIPES

Saiz sama panjang dengan Vinda, cumanya kelebaran sedikit pendek. Sama seperti Vinda, Max Kleen ni tisu dia bertekstur gak. Honeycomb textured surface katanya. Dari segi tebal, lebih kurang sama dengan Cif. Belum cuba cuci dan pakai semula tapi dari segi ketahanan, susah nak koyakkan.

Tanpa alkohol dan formulasi tanpa peluntur. Bau lemon dan lebih kuat dan ‘tajam’ berbanding Vinda. Dipromosikan mampu membunuh 99.9% kuman dan bakteria.

Beli di Shopee Wipro Consumer Care Official Store harga RM13.90 / twin pack. Jadi harga sebungkus RM 6.95 / 40 helai.

3.CIF POWER AND SHINE MULTI-PURPOSE WIPES

Dari segi bau, bagi saya CIF juara. Dari segi saiz jatuh anak tangga ketiga. Ianya lebih kecil berbanding Max Kleen tetapi ketebalan lebih kurang. Kelebihan dia pulak sebungkus ada 90 helai. Dipromosikan mampu membunuh 99.9% kuman.

Kalau search di Shopee Unilever Official Store , takde pulak dijual wipes ni. Shopee Seller lain jual lebih kurang harga yang saya pernah beli, RM18.90 di pasaraya.

4.CLOROX DISINFECTING WIPES

Dari segi saiz dia jatuh anak tangga keempat. Paling kecil dan datang dalam botol. Risiko tisu kering tu agak nipislah. Ketebalan pulak, agak nipis sedikit dan turut bertekstur. Baunya agak kuat, dan kalau tangan sensitif tu, sila pakai glove ye. Walaupun katanya bleech-free , dia sangat kuat. Sesuai lap tempat berminyak dan tempat yang ada kotoran degil.

Dipromosikan mampu membunuh 99.9% kuman dengan syarat, tempat yang dilap dengan wipes tu kekal basah selama 4 minit.

Harga pulak sebotol RM12.90 / 35 helai di Watsons.

5.CLOROX EXPERT DISINFECTING WIPES

Lebih kecil dan senang untuk dibawa kemana-mana. Agak nipis dan dipromosikan mampu membunuh 99.9% virus dan bakteria.

Yang ni saya dapat free dari clorox club. Sebungkus ada 15 helai. Sesuailah simpan dalam handbag dan guna bila di luar.

Sumber: Syafiqah Fatin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×