Asuh

Mudahnya Buat Bubur Nasi Cheese Guna Beras Perang Untuk Santapan Si Kecil

78
SHARES

Bubur nasi cheese? Mungkin kedengaran agak unik dari bubur nasi biasa tetapi bubur nasi cheese ini juga sangat sesuai untuk dihidangkan kepada anak kecil kita. Bukan itu sahaja, bahan-bahan yang digunakan semasa proses membuat bubur ini juga mengandungi makanan yang berkhasiat smeperti brokoli dan beras perang. Jom kita tengok cara-caranya!

BUBUR NASI CHEESE TING TANG TING UNTUK BAYI 9 BULAN

Bubur ini ummi buat untuk dinner Umar semalam. Umar dah makin kerap makan sebab dah makin laju dan jauh merangkak serta makin panjang akal jadi perlukan tenaga lagi banyak.  Sukatan bahan boleh diubahsuai oleh ibu mengikut keperluan anak ye.

BAHAN-BAHAN

1. 2 sudu beras perang (buat lebih untuk stock hantar ke rumah pengasuh harini) – basuh dengan bersih sambil selawat dan toskan sehingga kering

2. 2 gelas air masak yang dah difilter. Baby tak elok minum air ada clorine tinggi. Ummi guna air cuckoo. Ummi bukan agent cuckoo ye. Hehe.

3. Sayur brocoli

4. Beberapa potongan labu ( Umar suka labu boleh untuk tidak letak sebab dah ada sayur lain brocoli)

5. 250gram isi ayam – ummi guna bahagian dada ayam. Pastikan ayam dicuci dengan bersih dan di buang semua lemak

6. seulas bawang putih

7. sebiji bawang merah kecil

8. Sedikit unsalted cheese

9. 1 sudu olive oil

Ummi guna beras perang sebab lagi banyak khasiat insyaAllah

CARA- CARA masak bubur nasi cheese.

Langkah pertama

Panaskan periuk dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun. Tunggu sehingga minyak panas. Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Api tak perlu besar sangat.

Langkah kedua

Masukkan isi ayam. Kacau sebentar dan masukkan 2 gelas air kosong. Tutupkan periuk dan tunggu sehingga ayam mendidih.

Langkah ketiga

Seterusnya, apabila sup ayam tadi mula mendidih, boleh terus masukan beras dan labu yang dibasuh bersih tadi. Kacau selalu supaya beras tak melekat dibahagian bawah. Tutup balik tudung periuk tadi.

Langkah keempat

Kacau selalu supaya beras masak dengan elok. Tunggu sehingga air kering sedikit sebelum masukkan sayur brocoli.

Langkah kelima

Pastikan semua bahan masakan masak dengan sekata sebelum tutup api. Tunggu sehingga air beras tadi kering sedikit. Tutupkan api.

Langkah keenam

Masukkan bahan yang dimasak tadi kedalam pengisar dan carik-carik 1/2 kepingan cheese kedalam bubur nasi tadi. Kisar sedikit sahaja kalau baby dah ada gigi atau gusi yang kuat atau boleh juga just lenyek-lenyekkan.

*Bubur nasi cheese siap dan ready untuk dimakan! Boleh dihidangkan bersama buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Sumber : Nur Syafiqa Mohd Jamal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×