Dapur

Gemar Masak Tapi Bahan Selalu Tak Cukup? Ini Senarai Bahan Dapur Wajib Ada Di Setiap Rumah!

14
SHARES
bahan dapur

Masakan Malaysia kebiasaannya memerlukan banyak jenis bahan dapur. Dari segi rasa, rupa dan warna hidangan masakan Malaysia, memang terbukti anda perlu menyediakan bahan secukupnya sebelum mula memasak. Bahan dapur ini akan memudahkan proses memasak harian seseorang.

Jangan pula sewaktu memasak, bahan yang ingin ditambahkan tiba-tiba tidak ada. Kan dah jadi satu hal di situ kerana perlu keluar rumah membeli bahan tersebut! Jadi, jom ikuti perkongsian penulis mengenai bahan dapur wajib ada dalam setiap rumah di Malaysia.

Baca juga: 20 Jenis Barangan Dapur Wajib Ada Kalau Anda Nak Kurus

BAHAN DAPUR WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

1. Bawang putih

Bahan ini merupakan pelengkap masakan di Malaysia. Bawang putih juga kaya dengan khasiat untuk tubuh badan.

Ia antara bahan yang sering disimpan di dalam peti sejuk selepas dikisar halus untuk memudahkan penggunaannya di masa akan datang.

2. Bawang besar

Sama seperti bawang putih, bawang besar juga dipakai dalam kebanyakan masakan Malaysia. Tanpanya, memang hidangan makanan Malaysia akan rasa sesuatu yang ‘kurang’.

3. Halia

Selain digunakan dalam bahan tumisan sebagai penyedap masakan, halia mampu mengeluarkan angin yang berlebihan di dalam badan apabila dimakan.

4. Ayam

Ayam merupakan antara bahan basah yang wajib ada dalam kebanyakan dapur di Malaysia. Selain digunakan dalam pelbagai hidangan, ia juga merupakan bahan pilihan kanak-kanak berbanding ikan atau daging.

5. Telur ayam

Telur ayam ini merupakan satu keperluan di setiap rumah. Bukan setakat ia murah, senang didapati, berkhasiat dan cepat dimasak, telur merupakan bahan serbaguna dan salah satu bahan penting dalam kebanyakan masakan. Kalau nak tahu, kanak-kanak paling menyukai telur sama seperti ayam kerana ia bahan yang boleh diolah kepada pelbagai jenis hidangan.

6 Ikan bilis

bahan dapur

Untuk pengetahuan anda, ikan bilis tahan berbulan-bulan jika menyimpannya di dalam bekas kedap udara dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Pastikan ia diawetkan dengan garam dan dijemur hingga kering.

Paling penting, bahan ini enak digoreng atau ditumbuk halus dan dicampurkan ke dalam masakan. Sebenarnya, cara penggunaan ikan bilis dalam hidangan tiada hadnya. Boleh je buat macam mana dengan bahan ini kerana rasanya pasti akan sedap.

7. Beras

Bahan seterusnya adalah makanan keperluan asas masyarakat Malaysia tidak kira bangsa dan agama. Kebanyakan hidangan di Malaysia lebih-lebih lagi lauk pauk lebih terasa kesedapannya jika dimakan bersama nasi. Nasi bagaikan beri satu nikmat kepuasan lain yang tak pernah anda jangkakan!

8. Kicap masin / kicap manis

Bahan ini wajib ada di setiap dapur kerana ia sering digunakan dalam masakan sebagai penyedap rasa dan juga ramuan utama dalam sesetengah hidangan.

Tahu tak apa paling best? Kicap masin sangatlah terkenal dalam kalangan pelajar kerana ia begitu sedap dinikmati begitu saja bersama nasi panas dan telur mata. Memang tambah dua pinggan!

9. Tepung gandum

Bahan serbaguna ini selain amat penting untuk pembuatan kek dan biskut, ia juga boleh digunakan dalam pembuatan hidangan minum petang dan snek seperti cucur, lempeng dan kuih-muih.

Kalau nak tahu, ada juga yang menggunakan tepung gandum untuk hilangkan bau hamis pada ayam dan daging. Menarik kan?

10. Belacan

bahan dapur

Bahan yang terakhir ini, jika tidak mempunyainya maka anda bukanlah rakyat Malaysia yang sebenar. Belacan juga antara bahan wajib ada di dapur untuk dijadikan ramuan utama masakan Melayu.

Untuk pengetahuan anda, belacan diperbuat daripada udang geragau yang diawetkan dengan garam kemudian dimampatkan dalam bentuk kepingan bulat atau empat segi. Kebiasaannya belacan ini digunakan dalam masakan sambal dan dicampur dengan cili kisar sebagai penambah perisa.

Jadi dapur anda ada tak dalam senarai 10 barang dapur wajib di atas? Jika tidak, cepat-cepat ke pasar yang berdekatan dan cari barang dapur wajib ada ini untuk memudahkan proses masakan anda! Semoga Bermanfaat.

Sumber: Cookpad Malaysia

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×