Sihat

11 Kelebihan Bawang Putih Dalam Kesihatan Dan Kehidupan Seharian

4.3K
reads

Bawang putih merupakan antara ‘superfood’ yang mempunyai banyak khasiat. Bukan sahaja bagus untuk kesihatan dalama, bawang putih juga banyak digunakan sebagai penjagaan kesihatan dan kecantikkan luaran. Namun, bukan itu sahaja tau kelebihannya kerana bawang putih ini sangat bagus untuk merawat bermacam jenis penyakit! Sangat mengagumkan!

PERKONGSIAN KELEBIHAN BAWANG PUTIH

Pagi ini Mal nak share kebaikan bawang putih dalam kehidupan kita nie. Tanpa sedar, bawang putih banyak kebaikannya.

1. HIV

www.voanews.com

Bawang putih terbukti efektif dalam mengendalikan beberapa jangkitan sekunder yang berkait rapat dengan AIDS. “Bawang putih dapat menangkal penyebaran HIV 1 dalam tubuh.” Itu apa yang diperkatakan oleh Duke, iaitu Pengarah Immune Enhancement Project of Porland, Oregon, Amerika Syarikat. Saranan kepada pesakit HIV positif, perlu memakan tiga hingga lima ulas bawang putih pada setiap hari.

2. KERACUNAN DARAH

www.nortoncountyhealthdept.org

Untuk keracunan darah ataupun terkena gigitan serangga, rendam bahagian luka dengan air bawang putih serta bahan bahan daripada bawang putih.

3. IBU MENYUSUKAN BAYI

www.frasercoastchronicle.com.au

Satu cara bagi menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selesema adalah dengan cara memakan bawang putih. Melalui cara ni,ibu tak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Bukan itu sahaja, dengan mengamalkan bawang putih ini, anak akan menyusu dengan lebih lama!

4. BRONKITIS

www.mnn.com

Seorang kanak kanak yang menderita penyakit bronkitis. Doktor memberikan beberapa antibiotik. Namun, tiada apa yang berlaku. Ibu mula putus asa. Jiran datang memberitahu supaya meletakkan bawang putih mentah pada tapak kaki anaknya. Resepi ni dilakukan setiap malam. Ia kemudiannya ditutup dengan pembalut kaki. Selepas dua hari, kanak kanak itu yang berusia empat tahun, sembuh seperti sedia kala. Subhanallah.

5. KANSER

www.massagemag.com

Senyawa allium (genus onion-garlic), yang ada pada bawang putih, dapat meningkatkan kekebalan tubuh, menjaga supaya karsinogen, iaitu kemungkinan penyebab kanser tidak dapag masuk ke sel-sel tubuh. Hasil penyelidikan, bawang putih sama seperti bawang merah, daun bawang dan daun timah. Ia dapat menurunkan risiko kanser perut dan usus.

6. KOLESTROL

www.medicalnewstoday.com

Terdapat lebih daripada 12 kajian menunjukkan, bawang putih dapat menurunkan kadar kolestrol.

7. BATUK, SELESEMA DAN HIDUNG TERSUMBAT

fivestaruc.com

Menggabungkan madu, bawang merah, dan bawang putih maampu menciptakan satu ubat yang efektif untuk hidung tersumbat dalam sistem pernafasan. Menurut pakar herba, gabungan bahan ni baik untuk sistem pencernaan, sendi sendi dan hati.

* Resepi
Sediakan sup bawang merah madu dengan cara mendidihkan bawang merah yang dicincang dan dicampurkan dengan madu, menggunakan api yang kecil. Kemudian tutup periuk selama setengah jam. Selepas itu, tutup api, dan sejukkan sup selama 10minit. Pada masa itu,masukkan bawang putih kerana khasiat perubatan bawang putih akan hilang sekiranya dipanaskan dalam suhu tinggi. Tambahkan enam hingva lapan ulas bawang putih cincang. Tutup periuk, dan biarkan sekitar 1 jam hingga mencapai suhu bilik. Ramuan ni kemudian diminum dengan sudu ubat bagi menyembuhkan batuk, iaitu sebagai antibiotik bagi mengurangkan tindak balas dan lendir. Gunakan dos yang lebih kecil untuk kanak kanak, bergantung pada berat. Gunakan dos seperti kanak kanak untuk orang dewasa yang berat 150paun atau satu per tiga berat manusia dewasa. Ni adalah peraturan berdasarkan pengalaman bagi menyesuaikan dos orang dewasa kepada kanak kanak sebagai ramuan yang baik untuk mereka.

8. DIABETES

http://www.e-sante.fr/

Bawang putih terbukti efektif dalam mengatur kadar gula darah untuk pelbagai jenis diabetes. Anda boleh juga rujuk di sini.

9. TEKANAN DARAH TINGGI, KOLESTROL TINGGI, JANTUNG DAN SELESEMA

http://www.healthline.com/

Memakan bawang putih mentah sebanyak dua kali sehari, membantu bagi menurunkan tekanan darah tinggi dan membaiki peredaran darah.

* Resepi
Cincang seulas bawang putih dan masukkan ke dalam gelas kecil. Kemudian, masukkan sedikit sahaja air panas. Kacau selama beberapa minit dan masukkan air sejuk secukupnya. Ramuan ni baik untuk sakit tekak, mengubati selesema dab menurunkan darah tinggi dengan cepat. Orang yang mengidap penyakit kanser, perlu minum ramuan ni bagi membersihkan darah mereka.

10. MIGRAIN

http://migrainetreatmentgroup.com/migraine-treatment/top-10-herbs-supplements-for-preventing-migraines

Migrain biasanya jarang berlaku dengan pengambilan bawang putih. Ni kerana, bawang putih mencairkan dan membersihkan darah. Berhenti mengambil apa pun makanan yang mengandungi MSG dan aspartame. Langkah ni penting bagi menghentikan ataupun mengurangkan serangan migrain.

11. KEHAMILAN

http://www.crosswalk.com/

Terdapat penemuan terbaru menyatakan, pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan, bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.

*Semoga segala perkongsian ini dapat dijadikan panduan kesihatan untuk semua. Tapi, perlu diingatkan bahawa tindakbalas segala amalan pemakanan kesihatan ini mungkin agak berbeza badi sesetengah individu. Selamat mencuba!

Sumber: Akmal Hamid

Yang Popular

To Top