Dapur

Teknik RAHSIA Buat Cekodok Pisang Rangup, Kurang Berminyak Dan Gebu!

545
SHARES
cekodok pisang rangup

Antara juadah minum petang atau sarapan yang menjadi permintaan ramai sudah semestinya, cekodok pisang. Bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak malah orang dewasa pun boleh habiskan berpinggan-pinggan cekodok pisang ini. Namun, apakah ‘rahsia’ cara buat cekodok pisang rangup dan kurang berminyak?

Ada orang cakap kalau kurang berminyak, cekodok pisang akan jadi keras, tetapi tidak apabila anda menggunakan petua yang dikongsikan ini. Jom kita cuba!

Baca juga: 7 Resepi Cucur Paling Sedap Dan Senang Nak Buat Di Rumah, Sejuk Pun Montel Lagi!

CARA BUAT CEKODOK PISANG RANGUP, JIMAT MINYAK

cekodok pisang rangup

Bahan-bahan

-5 biji pisang besar-besar

-2 sudu besar majerin

-5 sudu besar gula pasir (boleh kurangkan ikut citarasa)

-1 sudu kecil soda bikarbonat

-1 sudu kecil garam

*Semua bahan-bahan ni dilenyek sebati

Tujuan letak majerin untuk merangupkan tekstur luaran kulitnya bila digoreng dan dia merupakan guard supaya minyak tak diserap ke dalam isi dan pastinya akan ada kelainan rasa dalam jemput-jemput pisang tu…

Dah lenyek dengan sebati, masukkan:

-2 cawan tepung gandum

-Gaul saja bagi sebati dengan pisang yang dilenyek

-TAK PERLU LETAK AIR

-Rehatkan dia kejap dalam 10-15 minit

Lepas tu boleh la goreng macam goreng cokodok biasa dengan api sedang-sedang slow ya. Kalau guna api kuat, confirm hangit dan tak masak dalamnya.

*Terliur bukan tengok kegebuan cekodok pisang ini? Lagi puas makan sebab kurang berminyak!

cekodok pisang rangup

Baca juga:Cara Buat Golden Ball Ala Sushi King, Lagi JIMAT Lagi Puas!

Sumber: Cik Pooja

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×