Dapur

Cara Simpan Bahan Masakan Untuk Jimat Masa, Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

47
SHARES
bahan masakan

Ibu-ibu nak tahu cara betul simpan bahan masakan tak? Dengan menggunakan teknik ini, lebih mudah dan cepat bila nak masak kerana semua bahan sudah tersedia.

Bahan masakan seperti bawang besar, bawang putih, cili dan sebagainya merupakan bahan utama dalam masakan. Jom baca sampai habis.

Baca juga: Cara Buang Tahi Udang Tanpa Perlu Kupas Kulit, Berdesup Dah Siap!

CARA SIMPAN BAHAN MASAKAN UNTUK JIMAT MASA, MUDAH

bahan masakan

Kredit: Feel Good Foodie

Hari ini nak kongsi satu tips ringkas yang boleh anda cuba untuk menjimatkan masa dalam penyediaan makanan. Cara simpan bahan masakan ini paling simple dan memang perlu dicuba.

1. Bawang besar

– Kupas kulit bawang tanpa perlu membasuhnya.

Simpan terus di dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti ais.

– Basuh bila nak guna.

2. Bawang putih

– Kupas kulit, basuh dan tos sehingga kering.

– Lapikkan tisu pada bekas dan masukkan bawang putih.

– Buat satu lagi lapisan tisu di atas bawang putih dan tutup bekas.

– Simpan di dalam peti sejuk.

3. Cili api dan lada besar

– Basuh bersih dan buang tangkal.

– Toskan sehingga kering.

– Lapik sehelai tisu di dalam bekas dan masukkan cili serta sebiji bawang putih.

– Tutup cili dengan sehelai lagi tisu.

– Tutup bekas dan simpan di dalam peti ais.

4. Lengkuas, halia, serai dan kunyit

– Kupas kulit, basuh bersih dan keringkan.

– Potong mengikut saiz yang anda suka.

Simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais.

CARA BUAT PES MASAKAN

bahan masakan

Kredit: Savoring Today

1. Pes bawang putih

– Keluarkan bawang putih yang disimpan di dalam peti ais dan hiris nipis.

– Masukkan ke dalam pengisar.

Tambahkan sedikit minyak masak atau air sekadar untuk jalankan pengisar.

– Tuang dalam bekas bertutup.

– Taburkan garam di atas pes bawang putih tadi.

– Gunakan sudu bersih dan kering untuk ambil pes.

– Boleh tahan selama 2 minggu jika betul penyediaan dan penjagaannya.

2. Pes cili api 

– Basuh bersih cili api yang dah dibuang tangkai dan kunyit.

– Toskan air dan hiris nipis semuanya.

– Masukkan ke dalam pengisar.

– Masukkan air sedikit sahaja untuk jalankan pengisar.

– Tuang dalam bekas bertutup dan taburkan sedikit garam.

– Gunakan sudu bersih dan kering untuk ambil pes cili api.

– Boleh digunakan untuk pelbagai masakan. Contohnya masak tempoyak dan lemak cili api.

3. Pes bawang besar

– Kupas kulit bawang besar. Basuh bersih dan toskan.

– Hiris nipis dan masukkan dalam pengisar.

– Masukkan sedikit minvak masak untuk jalankan pengisar.

– Tuang pes k edalam bekas bertutup.

– Taburkan sedikit garam.

– Gunakan sudu bersih dan kering jika mahu ambil pes.

– Boleh digunakan dalam pelbagai masakan. Tahan selama 2 minggu.

4. Pes cili kering

– Gunting cili kering kemudian basuh bersih.

– Buang biji cili dan rebus hingga lembut.

– Masukkan sedikit cuka ke dalam air rebusan supaya tidak meruap.

– Toskan air dan buang lebihan biji cili.

– Kisar menggunakan sedikit minyak.

– Masukkan dalam bekas bertutup.

– Taburkan garam di atas pes. Boleh bertahan selama 2 minggu.

Mudah kan? Memang jimat masa kalau dah sedia semua bahan masakan awal-awal.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Siang Sotong Kembang Dengan Betul, Tak Liat & Wangi

Sumber: Lemon8 Nor Baya Dahalan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×