Dapur

Resepi Sambal Ikan Bilis Kering Versi Air Fryer, Senang Nak Bawa Travel!

399
SHARES
SAMBAL IKAN BILIS KERING

Sambal ikan bilis kering memang menjadi lauk kegemaran semua kerana sedap dipadankan dengan pelbagai jenis makanan seperti bubur, lempeng dan lain-lain.

Kalau nak lagi mudah dan jimat masa, boleh guna air fryer seperti perkongsian pengguna Facebook ini. Memang senang nak bawa travel atau dijadikan bekalan.

Baca juga: Banyak Lebihan Daging Korban, Cuba Resepi Daging Goreng Cili Padi Limau Ini. Fuhh!

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS KERING GUNA AIR FRYER

SAMBAL IKAN BILIS KERING

Saya buat sambal garing untku bekal anak balik kolej. Cili dan ikan bilis guna air fryer sahaja. Jom cuba. 

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • Cili kering (pedas/kurang pedas)
  • Bawang goreng segera
  • Garam
  • Gula
  • Penambah rasa
  • Minyak
  • Serbuk perasa ikan bilis

Cara-cara penyediaan:

1. Ambil 2 mangkuk cili kering basuh, toskan air dan masukkan ke dalam air fryer selama 10 minit suhu 150.

2. Selepas 5 minit, goncangkan basket dan sambung selama 5 minit lagi.

3. Kemudian, 1 mangkuk ikan bilis basuh dan toskan air. Masuk dalam air fryer selama 15 minit suhu 160.

4. Selepas 10 minit, tambah 5 minit lagi bagi betul-betul garing. 

5. Bila semua dah masak, kisar semua bahan di atas menggunakan pengisar kering.

6. Masukkan dalam mangkuk, campur gula, garam ,serbuk ikan bilis, perasa.

7.  Masukkan minyak panas dan gaul sebati.

Mudah kan? Boleh juga bawa pergi travel kerana kering dan tahan lama. Memang sedap!

Baca juga: Kaswi Gedik Kacang Merah, Makan Dengan Kuah Santan Berlemak Memang Padu!

Sumber: Facebook Eniza M.Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×