Dapur

6 Idea Menu Pastri Untuk Minum Petang Guna Air Fryer, Mudah & Setanding Kedai Mahal!

107
SHARES
menu minum petang

Menu pastri sering menjadi pilihan ramai untuk dijamah ketika minum petang. Namun, harga-harga makanan sebegini selalunya agak mahal untuk dibeli dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu, anda boleh hilangkan rasa kempunan untuk makan juadah sebegini dengan mencuba sendiri menu minum petang menggunakan air fryer.

Bukan sahaja mudah, rasa makan berpastri ini juga boleh dikatakan setanding dengan pastri yang dibeli di luar. Paling penting, puas dimakan seisi keluarga!

Baca juga: Cara Simpan Lengkuas Supaya Tahan Berbulan-Bulan, Bila Masak Masih Ada Aroma

6 MENU MINUM PETANG GUNA AIR FRYER

1.Cinnamon rolls

menu minum petang

Bahan-bahan:

-4 keping paratha
-3 sudu butter
-2 sudu nestum
-2 sudu susu tepung
-1 sudu cinnamon powder
-1/2 cawan gula perang

Cara-cara membuatnya:

1. Mula-mula kita gaul sebati butter + nestum + susu tepung + gula perang + serbuk cinnamon.
2. Kemudian susun 2 keping paratha. Pastikan bertindan sikit kat tengah-tengah tu supaya kita boleh gulung jadi bentuk silinder dan dapat potong dengan mudah.
3. Seterusnya sapu campuran cinnamon tadi pada bahagian atas paratha nipis-nipis.
4. Gulung perlahan-lahan dengan kemas. Lebih kurang macam ni bentuknya.
5. Bahagikan kepada 8 bahagian. Kemudian potong 8 bahagian gulungan tadi.
6. Susun potongan cinnamon rolls pada loyang yang telah digris dengan butter.
7. Sedia untuk dibakar. Panaskan AF 200/5min.

2.Honey Butter-Biscuits

menu minum petang

Bahan A :

-250g plain flour
-4 tsp baking powder
-1/2 tsp salt
-25g sugar
-115g cold cubed butter

Bahan B:
140g milk
2 tsp vinegar (cuka apple)

Bahan C (Glaze):
50g butter
50g honey

Cara penyediaan:

1.Campurkan bahan B. pastu letak tepi.
2.Gaulkan Bahan A kecuali cubed butter
3.Masukkan bahan B tadi ke dalam Bahan A. Gaul rata.
4.Masukkan cubed butter. Gaul sekata tp jgn sampai jd bentuk doh.
5.Guna sudu susun dlm basket Air Fryer.
6.Sediakan bahan C. Cairkn butter di atas dapur (sapu topping biscuits sebelum masuk Air Fryer)
7.Masuk dalam Air Fryer suhu 200c 10minit (cukup sehingga kuning keemasan)

Cara penyediaan Bahan C:

1.Glaze, guna balik butter cair tadi panaskan semula dekat dapur kacau dengan madu.
2.Sudah sebati amik berus, sapu la dkt atas biscuits yang masih panas.
3.Sedia terhidang, sedap dimakan panas-panas

3.Crispy Churros

menu minum petang

Bahan-bahan:

-2 cawan susu segar*
-2 sb mentega*
-2 sb gula*
-2 sudu teh esen vanila
-1 sudu teh garam*
-2 cawan tepung gandum
-2 biji telur

Cara memasak:

1. Campurkan bahan bertanda (*) dalam kuali dan panaskan sehingga mentega larut dan sebati.
2. Matikan api dapur dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga sebati.
3. Balik-balikkan tepung sehingga menjadi doh.
4. Masukkan 2 biji telur dalam adunan yang masih panas tadi. Kacau hingga adunan sebati menggunakan senduk whisk.
5. Biarkan doh sejuk sedikit sehingga boleh pegang. Boleh sambung uli dengan tangan sampai doh betul-betul sebati dan tak berketul.
6. Masukkan doh dalam piping beg dan guna nozzle berbentuk bintang @ boleh guna acuan samperit.
7. Terap atas dulang yang ditabur tepung gandum sedikit atau tray Air Fryer.

4.Chocolate Lava Cake

menu minum petang

BAHAN ADUNAN COKLAT MENTEGA

-100 gram dark coklat jenis compound coin
-5 sudu besar mentega

CARA MEMBUAT ADUNAN COKLAT MENTEGA

1. Double boil dark coklat dan mentega. Boleh juga guna microwave lagi senang.

BAHAN LAIN

-2 biji telur ayam
-1 biji telur kuning sahaja
-3 sudu besar gula
-2 sudu kecil esen vanila
-3 sudu besar tepung gandum
-2 sudu besar serbuk koko

CARA MEMBUAT

1. Whiskkan telur ayam dan gula sampai gula hancur.
2. Masukkan ADUNAN COKLAT MENTEGA dalam telur.
3. Masukkan esen vanila, tepung, serbuk koko dan kacau sebati.
4. Sapu minyak atau mentega dekat tepi bekas. Masukkan adunan dalam bekas.
5. Boleh guna bekas mufin atau cupcake. Guna bekas aluminium foil pun boleh. Guna bekas Ramekin lagi bagus.
B. Boleh masak guna air fryer. Suhu 180 degree untuk 5 minit sahaja

5.Portugese Egg Tart

menu minum petang

Bahan-bahan:

-2 biji telur size A
-1 cawan susu low fat
-1/2 cawan air
-1/3 cawan gula castor
-1 penutup esen vanilla
-2 sudu besar tepung jagung
-Puff pastry (Kawan)

Cara penyediaan:

1.Pukul bahan 1-5 sampai sebati macam pukul telur dadar. Bila dah rata tambahkan bahan ke 6. Ratakan sampai tak nampak tepung.
2.Puff pastry tekankan pada acuan, ikut suka.
3.Lepas tu isikan adunan tadi. Masuk AirFryer : suhu 180 celcius, 10minit.

6.Sardine Puff

menu minum petang

Bahan:

* Puff pastry jenama Kawan dll
* Sardin
* Bawang 1biji (dipotong dadu)
* Kentang 1biji (dipotong dadu)
* Cili/lada
* Telur 1biji

Cara penyediaan:

1. Tumis bawang, kentang, cili dan sardin hingga masak. Kalau nak letak gula dan garam sedikit terpulang selera masing-masing. Sejukkan,pastu lenyek sehingga lumat.
2. Sediakan kulit pastry,bubuh inti dan tekan hujung garfu di hujung-hujung puff.
3. Sapu kuning telur diatas. Bakar guna AF dengan suhu 180 darjah selcius selama 10 minit.

*Sedap-sedap kan?

Baca juga: Cara Buat Cream Puff Paling Sedap & Senang, Elok Berongga Gebu Tak Kecut

Sumber: Resepi Dapur Opah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×